Go

Kejayaan Ternakan Harimau Hasilkan 8000 Ekor. Pemb..

 




[ KEJAYAAN TERNAKAN HARIMAU HASILKAN 8000 EKOR ]

Pembiakan Harimau merupakan satu daripada objektif dan matlamat dalam mengatasi masalah kepupusan spesis kucing besar tersebut.

Ternakan Harimau bagi memenuhi permintaan tinggi di negara CHINA kini menjadi semakin rancak dan tidak lagi bergantung daripada sumber bekalan luar yang kini turut terkesan ancaman kepupusan.

Harimau amat popular di China untuk tujuan makanan, perubatan dan perhiasan terutama tulang Harimau direndam dalam alkohol untuk membuat wain tulang harimau, daging Harimau dijual dan kulit pula dijadikan permaidani untuk golongan elit kaya China.

Sekurang-kurangnya 8,000 harimau dianggarkan dipelihara di lebih 200 ladang harimau di Asia Timur dan Tenggara. Itu lebih daripada dua kali ganda bilangan harimau yang tinggal di alam liar.

Ladang harimau adalah kemudahan pembiakan harimau untuk penjualan komersil atau perdagangan bahagian harimau.

Di negara China permintaan tinggi terhadap spesis Harimau Bangal, Harimau Sumatera atau Harimau Malaya menjadikan haiwan kebanggaan Malaysia boleh diperlakukan dan dimatikan sesuka hati demi merancakkan industri dan ekonomi. Manakala haiwan Panda adalah kebanggaan negara China dan pemburu, pembunuh atau sesiapa yang mengancam Panda boleh didakwa dan dijatuhi hukuman mati mandatori.

Kongsikan kes jenayah haiwan ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Sumber: Today Daily

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1723022787904..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.