Tugas Memelihara Dan Memulihara Alam Sekitar Adala..
Tweet | ![]() |
Tugas memelihara dan memulihara alam sekitar adalah milik semua pihak dan kami menghargai setiap usaha berkenaan atau berkaitan dengan konservasi alam semula jadi.
Cabaran Virtual Team Kedah Cakna (TKC) yang telah berakhir baru-baru ini dimenangi oleh kumpulan Panthera Tigris, Honey Shoots dan KAYU.
Namun, sebagai tanda penghargaan kepada usaha, kreativiti dan komitmen yang hebat dari kesemua peserta, , pihak urus setia TKC bersetuju memberikan tiga Anugerah Khas Berkumpulan.
Kumpulan METSA dari SMJK Sin Min, Sungai Petani menerima Anugerah Inspirasi 🤩di atas komitmen dan kreativiti yang diberikan dalam menyelesaikan semua tugasan TKC secara tekun dan cemerlang. Sebagai pelajar sekolah menengah, mereka memberi inspirasi kepada remaja diluar sana untuk melakukan sesuatu untuk Ulu Muda dan alam sekitar kita.
Anugerah Dinamik 😎 diberikan kepada kumpulan Northern Gem kerana menunjukkan motivasi yang tinggi dan sikap yang sentiasa positif sepanjang cabaran TKC. Biarpun mempunyai latar belakang dalam bidang air dan sudah berpengetahuan serba sedikit dalam bidang konservasi, mereka tetap bersemangat untuk belajar perkara baru bersama TKC.
Kumpulan Earth Lovers telah berjaya menyelesaikan setiap tugasan individu dan berkumpulan TKC walaupun sibuk dengan komitmen sebagai pelajar universiti dan dilanda masalah capaian internet yang kurang stabil. Oleh itu, kumpulan berjiwa kental ini menerima Anugerah Harapan 🙏🏼 atas ketabahan meneruskan penyertaan TKC walaupun diuji dengan pelbagai rintangan.
Setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang Anugerah Khas Kumpulan TKC! Semoga anda terus cakna dan memberi inspirasi dalam menyebarkan kesedaran serta menambahbaik gaya hidup demi kesejahteraan diri dan alam sekitar.
Ayuh kita terus cakna!
#teamkedahcakna #ulumuda
Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016141765610824..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments