Go

Sejauh Manakah Impak Perubahan Guna Tanah Terhadap..

 




Sejauh manakah impak perubahan guna tanah terhadap alam sekitar terutamanya terhadap kualiti dan kuantiti air kita? Persoalan ini adalah antara topik utama yang dibincangkan semasa Bengkel Kajian Pemodelan Hidrologi Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda yang diadakan pada 25 Oktober minggu lepas.

Kajian hidrologi yang bermula pada tahun 2018 telah dijalankan selama 2 tahun dan merupakan kerjasama di antara pihak WWF-Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ditaja oleh CIMB Islamic. Objektif kajian ini adalah untuk memahami perkaitan antara perubahan guna tanah dan kualiti serta kuantiti air di kawasan HSK Ulu Muda.

Dirasmikan oleh Exco Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga dan Kerja Raya Kedah, Yang Berhormat Dato’ Suraya Yaacob, bengkel yang dianjurkan bersama dengan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah ini telah berkongsi hasil kajian dan mengambil maklum balas dari hampir 100 orang peserta bengkel yang mewakili lebih kurang 20 agensi-agensi kerajaan serta pemegang taruh di negeri Kedah.

Pasukan penyelidik telah berkongsi tentang kepentingan Hutan Simpan Kekal Ulu Muda dari segi hidrologi dan impak perubahan guna tanah terhadap kuantiti dan kualiti air di kawasan tersebut. Sesi forum juga diadakan untuk mengupas hasil-hasil kajian ini dan kaitannya dengan isu-isu perubahan iklim, penggunaan tanah lestari, mekanisme kewangan untuk sektor perhutanan serta perlindungan fungsi penyediaan air di Hutan Simpan Kekal Ulu Muda.

Pihak WWF-Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

Semoga segala dapatan dan ilmu dari bengkel ini dapat digunakan oleh pelbagai pihak untuk menyiap siaga dalam menghadapi ancaman perubahan iklim semasa dan akan datang, terhadap keselamatan air dan makanan serta biodiversiti dan iklim mikro secara keseluruhan, bukan hanya di Ulu Muda tetapi juga di seluruh Malaysia.

Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016138702432824..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.