Pemilik Anjing Derita Dipelihara Dalam Hujan Panas..
Tweet | ![]() |
[ PEMILIK ANJING DERITA DIPELIHARA DALAM HUJAN PANAS BERANTAI PENDEK PERLU DIHUKUM ]
Anjing ini dilaporkan sudah setahun berkeadaan begini tiada tempat berteduh. Berkurung dalam pagar di belakang dapur dalam keadaan hujan dan panas setiap hari. Lebih menyedihkan anjing kelihatan tidak mendapat hak kasih sayang sebagai haiwan peliharaan sejajar kehendak 5 Prinsip Kebajikan Haiwan yang dipelihara.
Ini berdasarkan pengadu mengirimkan gambar-gambar lain yang memperlihatkan bagaimana kehidupan anjing peliharaan ini setiap hari. Ia amat menyedihkan dan cukup membayangkan anjing menjalani hari-hari dalam tekanan.
Aduan diterima telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa haiwan di Melaka sesuai kejadian berlaku di Taman Muzaffar Heights untuk tindakan segera menyelamatkan nyawa anjing.
Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke www.wasap.my/+60105394749 atau www.animalmalaysia.com/report-animal-crime
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/17..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments