Beruk Pelihara Terseksa Jadi Bahan Jenaka Dan Hibu..
Tweet | ![]() |
[ BERUK PELIHARA TERSEKSA JADI BAHAN JENAKA DAN HIBURAN ADALAH SATU KEZALIMAN ]
Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengenakan syarat lebih ketat terhadap mana-mana entiti yang memelihara Beruk supaya kebajikannya dapat dijaga. Antaranya tempat penyimpanan, jenis kandang, jenis pemakanan, saiz ukuran kandang dan ukuran rantai pengikat Beruk perlu dititik beratkan sebelum memberi lesen menyimpan beruk.
Dalam videi ini jelas sekali menggambarkan keadaan beruk yang hidup amat tertekan. Malah kesengsaraannya menjadi hiburan dan lawak jenaka.
Dalam video ini boleh disimpulkan bahawa hukuman pembuli dan penzalim haiwan liar masih belom boleh mengajar masyarakat mengenai pengabaian haiwan liar peliharaan.
Justeru penambahbaikan dalam sistem perundangan perlu dititik beratkan. Pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar dan Enakmen Hidupan Liar Sabah dan Sarawak perlu meletakkan HUKUMAN SEBAT kepada pembuli dan penzalim haiwan liar peliharaan.
Seperkara lagi undang-undang melarang pelihara spesis haiwan liar yang tidak sesuai dijadikan companion animal (haiwan peneman) perlu diberi perhatian. Negara ini perlu segera berubah!
Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke : www.animalmalaysia.com/report-animal-crime
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/44..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments