Malaysia Animal Association News & Blogs
Instantly update yourself on the latest animal welfare developments. Leading animal shelters and rescuers will share news and knowledge with you, consolidated through their blogs and social media pages.
Page: 1 ... 87, 88, 89, 90, 91, 92, 93, 94, 95, 96 [ Next ]
Gajah Mati Secara Misteri Jadi Tanda Tanya. Diperc.. 26th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Gajah mati secara misteri jadi tanda tanya. Dipercayai perbuatan khianat akibat pembunuhan ditembak atau mati tergelincir dan lemas dalam sungai? Persoalannya mengapakah kematiannya terikat?
Kematian ini boleh dianggap secara sengaja dilakukan selepas mendapati terdapat lubang besar di badan gajah seperti bekas tembakan menggunakan senapang pemburu.
Penemuan bangkai gajah di Hulu Sungai Udin, Dumpas Sabah merupakan satu lagi kerugian terhadap negara memandangkan jumlah gajah yang hanya tingga...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Selamat Tinggal Buat Tikiri. Gajah Kurus Kering Ya.. 25th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Selamat tinggal buat Tikiri.
Gajah kurus kering yang menjadi VIRAL baru-baru ini akhirnya mati di sebuah festival di Sri Lanka Isnin lalu.
Tikiri dikatakan telah menjadi hamba abdi sepanjang 70 tahun usianya kepada sebuah pertunjukan di negara itu dimana Tikiri telah dipaksa bekerja berjam-jam lamanya dalam sehari.
Tikiri kemudiannya telah jatuh pengsan dan tidak mampu bangun dan bergerak. Akhirnya disahkan mati.
#cruelty
#animalcruelty
#elephant
#elephant cruelty
#saveourelephant
#saveouran...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Tapir Jantan Sesat Terperangkap Berjaya Dibantu Se.. 24th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Tapir jantan sesat terperangkap berjaya dibantu selamatkan, dikeluarkan dan dilepaskan semula oleh kakitangan penyelamat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) semalam.
Tapir malang terperosok dalam lubang sedalam 14 kaki tinggalan pihak tidak bertanggungjawab di Sungai Tengi, Selangor.
Kejadian haiwan liar terperosok dalam lubang besar sering berlaku kerana penerokaan manusia.
Tahniah dan terima kasih kepada PERHILITAN terhadap usaha baik ini. Ta...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Keluhan Dan Rintihan Saudara Muhammad Qusyairi Men.. 24th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Keluhan dan rintihan Saudara Muhammad Qusyairi mengenai perlakuan zalim jiran menjerut dan mengikat kucing hidup-hidup di atas pokok bertujuan memudaratkan kucing sehingga boleh menyebabkan kematian kucing bukan hal kecil.
Akta Kebajikan Haiwan 2015 bersifat 'prevention' atau lebih difahami akta ini berbentuk mencegah sebelum perkara buruk atau kematian berlaku terhadap haiwan yang disakiti.
Jika benar jiran Saudara Muhammad Qusyairi memperlakukan kucing secara zalim. Satu laporan bertulis per...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Secara Tradisi Mpkj Adalah Pbt Yang Diakui Paling .. 22nd Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Secara tradisi MPKj adalah PBT yang diakui paling prejudis dan kejam dalam urusan tangkapan haiwan di antara semua PBT yang ada di Malaysia.
Terdapat pelbagai cara lebih berperikemanusiaan boleh digunakan dalam pengurusan tangkapan anjing. Disebabkan mahu jimat wang. Kaedah sambil lewa dan tidak berperasaan diamalkan semasa menangkap anak anjing. Cukai kutip. Belanja untuk kebaikan tidak mahu.
Anak Anjing tidak garang. Anak anjing tidak tahu melawan. Anak anjing tidak kenal apa-apa hal duniaw...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Dakwaan Saudara Mohd Faizal Zuharny Mengenai Ada B.. 22nd Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Dakwaan Saudara Mohd Faizal Zuharny mengenai ada Badan Pengurusan Bersama (JMB) menzalimi kucing bunting dengan cara memasukkan dalam guni plastik, menggoncangnya untuk tujuan melemaskan kucing gelandangan yang berada dalam kawasan pengurusan JMB tersebut amat berat.
Jika benar seperti didakwa. JMB di Pulau Pinang ini telah menzalimi haiwan dan melanggar hak kebajikan haiwan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Tindakan penting diri JMB begini adalah satu sikap prejudis dan zalim pada haiwan. Ho...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Akibat Kerakusan Dan Kebodohan Manusia. Kini Serat.. 20th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Akibat kerakusan dan kebodohan manusia. Kini serata dunia mengalami pembakaran hutan. Aktiviti pembalakan dan pembersihan kawasan pertanian tidak terkawal menyebabkan hutan terbakar di beberapa negara.
Kebakaran hutan bukan sekadar kebakaran. Selain kesannya terhadap pengudaraan untuk manusia. Terdapat kemusnahan jiwa didalamnya berlaku. Haiwan liar yang berhabitat di hutan mati. Kemana haiwan-haiwan boleh pergi menyelamatkan diri melainkan menyerah nyawa rentung dalam keadaan ngeri.
Pelaku ya...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kebakaran Hutan Bukan Sahaja Berkisar Tentang Kesa.. 19th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Kebakaran hutan bukan sahaja berkisar tentang kesan terhadap tumbuhan, alam sekitar dan manusia. Tetapi haiwan didalamnya juga adalah mangsa.
Anggota bomba memadam kebakaran menemui bangkai ular sawa sepanjang 3 meter yang mati rentung terbakar ketika operasi memadam kebakaran hutan di Kampung Matang Merbau, Trong Perak.
Apakah langkah kerajaan dalam usaha membendung kebakaran hutan oleh peladang dan petani yang membakar sisa pertanian atau pembalak yang meneroka hutan dengan membakar sisa tin...
Read Full Story | View Comments
|
 |
National Wildlife Rescue Centre Nwrc. Apa Yang Ada.. 19th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
National Wildlife Rescue Centre (NWRC)
Apa yang ada dalam Pusat Menyelamat Haiwan Liar Kebangsaan ini? Berbangga dengan kos pembinaan keseluruhan 30 juta ringgit. Namun ramai tidak tahu apa aktiviti PERHILITAN selama ini dalam usaha konservasi dan pemulihan haiwan liar dalam negara.
Saksikan video penuh sempena lawatan rasmi Animal Malaysia dan beberapa NGO ke NWRC untuk lihat sendiri dengan mata kepala aktiviti melibatkan haiwan terancam di dalamnya. Klik : 👇
https://youtu.be/_Q_uCv3wwv4...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Disebabkan Sesetengah 'Fake Rescuer' Yang Sering J.. 15th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Disebabkan sesetengah 'Fake Rescuer' yang sering jadikan alasan kucing atau anjing sakit untuk dapatkan duit cara mudah.
Nama baik dan kepercayaan masyarakat terhadap kerja bakti membantu haiwan oleh rescuer yang benar-benar ikhlas terjejas.
Berikut adalah beberapa laporan mengenai tanda-tanda contoh fake rescuer yang hidup sehariannya atas kesengsaraan haiwan sakit ialah :
1. Haiwan sakit di negeri lain. Namun rescuer negeri lain yang beriya-iya memungut dana rawatan dan pet taxi untuk diam...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pagi Ini Animal Malaysia Menyertai Hari Bertemu Pe.. 14th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Pagi ini Animal Malaysia menyertai Hari Bertemu Pelanggan di Klinik Veterinar DVS Cheras Kuala Lumpur.
Aktiviti tahunan rutin ini adalah inisiatif Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan untuk mendengar suara masyarakat dalam dunia haiwan.
Masyarakat pencinta haiwan disaran dekati majlis seumpana ini bagi menajamkan pengetahuan dan pemahaman mengenai undang-undang berkaitan binatang.
Tahniah DVSKL atas usaha ini!
#animal
#animalmalaysia
#stray
#strayanimals
#cats
#dogs
#malaysiaa...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Menerima K.. 13th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menerima Ketua Pengarah baharu pada 10 September 2019. Tahniah Animal Malaysia ucapkan atas perlantikan kepada :
YBhg. Dato' Mohd Ridza bin Awang
Ketua Pengarah Perhutanan
Semenanjung Malaysia
YBhg. Dato' Haji Zahari bin Ibrahim
Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan
(Dasar dan Perancangan)
YBhg. Dato' Lim Kee Leng
Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan
(Operasi dan Teknikal)
Namun Animal Malaysia berharap agar Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menjadi ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pemilik, Pencinta Dan Sesiapa Terlibat Dengan Haiw.. 12th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Pemilik, pencinta dan sesiapa terlibat dengan haiwan seperti kucing, anjing, arnab, babi, burung, ular dan lain-lain haiwan digalakkan datang bertemu warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Cheras.
Mahu tahu mengenai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan lebih jelas. Sebaiknya hadir dan dengar penerangan. Jangan malu untuk bertanya pelbagai soalan. Supaya setiap daripada kita cerdik ilmu pengetahuan mengenai binatang dan undang-undang binatang.
Ada booth jualan cen...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Terima Kaseh Ketua Pengarah Perhilitan Memberi Keb.. 11th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Terima kaseh Ketua Pengarah PERHILITAN memberi kebenaran Animal Malaysia dan beberapa wakil NGO Malaysia melihat sendiri spesis dan fasiliti Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai Perak (NWRC).
Tidak disangka NWRC adalah pusat pemuliharaan hidupan liar bertaraf dunia dengan 36 kakitangan yang profesional, berpengetahuan tinggi serta berkemahiran mengendalikan urusan pemuliharaan.
Tahniah daripada kami di Animal Malaysia
#selamatkanharimaumalaya
#harimaumalaya
#scarface
#saveoura...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Bunuh Babi Hutan Cara Kejam Tindakan Tidak Bertama.. 9th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
BUNUH BABI HUTAN CARA KEJAM : Tindakan Tidak Bertamadun
Apa pun alasan yang diberikan sama ada untuk memburu bagi tujuan makanan mahu pun khuatir ancaman serangan Babi Hutan ketika memburu. Kaedah membunuh haiwan dilindungi ini amat kejam dan sadis.
Tidak dipastikan sama ada pembunuh ini mempunyai Lesen Memburu Hidupan Liar atau tidak?
Jika berlaku di Semenanjung Malaysia. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) diguna pakai terhadap pelaku kejam terhadap haiwan liar.
Jika berlaku di ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pemilik Haiwan Ternakan Yang Mengabaikan Dan Melep.. 8th Sep 2019, by Malaysia Animal Association
Pemilik haiwan ternakan yang mengabaikan dan melepaskan haiwan ternakan sehingga anggaran lebih 40 ekor lembu mati bergelimpangan secara serentak perlu diheret ke mahkamah dan dihukum.
Selain itu beberapa ekor haiwan liar seperti ular, burung hantu, kera, monyet dan beruk juga ditemui mati.
Kejadian ini dikatakan berpunca daripada kerja meracun tikus dilakukan oleh sebuah ladang di Kulaijaya, Johor tanpa menduga banyak haiwan ternakan masuk menceroboh dan termakan bahan beracun yang ditebarkan...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Page: 1 ... 87, 88, 89, 90, 91, 92, 93, 94, 95, 96 [ Next ]
|