Malaysia Animal Association News & Blogs
Instantly update yourself on the latest animal welfare developments. Leading animal shelters and rescuers will share news and knowledge with you, consolidated through their blogs and social media pages.
Page: 1 ... 80, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87, 88, 89 ... 93 [ Next ]
Susulan Tersebarnya Video Sepakan, Pukulan Anjing .. 30th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Susulan tersebarnya video sepakan, pukulan anjing dan cara serta kaedah tangkapan anjing jalanan oleh kakitangan / vendor Majlis Perbandaran Seremban. Ini ulasan Animal Malaysia :
1- Sejak berkuatkuasa Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) serta Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) - TIDAK ADA mana2 Pekerja PBT (Penangkap Anjing) didakwa di Mahkamah atas jenayah kekejaman haiwan. Jika ada pon pendakwaan, hanya lah kepada Kontraktor yang dilantik oleh PBT untuk me...
Read Full Story | View Comments
|
|
Sebagai Menghargai Jasa Dato Dr Noor Azmi Ghazali .. 29th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Sebagai menghargai jasa Dato Dr Noor Azmi Ghazali Ahli Parlimen Bagan Serai dalam perjuangan menyuarakan hak haiwan dalam parlimen.
Animal Malaysia mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke 57 sempena tarikh kelahiran beliau pada 28 November 2019.
Semoga Y.B Bagan Serai diberikan kekuatan dan semangat untuk terus mewakili suara rakyat pencinta haiwan memperjuangkan nasib haiwan sama ada haiwan jalanan dan haiwan liar di negara ini.
#parlimenbaganserai #ybbaganserai #ybnoorazmi #saveouranimals #s...
Read Full Story | View Comments
|
|
Apabila Habitatnya Makin Mengecil. Ini Nasib Merek.. 29th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Apabila habitatnya makin mengecil. Ini nasib mereka.
Ke kawasan manusia ditembak, diracun, dibunuh. Ke jalan raya dilanggar mati bergelimpangan.
Akhirnya mereka dituduh 'menceroboh' kawasan manusia.
Hailah monyet. Hailah beruk. Kenapa kau diciptakan sebagai binatang. Kan lebih baik kau dicipta sebagai Ketua Menteri, Menteri Besar, Ahli Parlimen, Menteri-Menteri atau Perdana Menteri.
Barulah kau dikatakan tak menceroboh kawasan manusia. Barulah kau boleh membalak kawasan tempat tinggal kawan-...
Read Full Story | View Comments
|
|
Ahli Parlimen Bagan Serai Dato' Dr Noor Azmi Ghaza.. 28th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Ahli Parlimen Bagan Serai Dato' Dr Noor Azmi Ghazali mintak Kerajaan kaji S.O.P Menidurkan (Put to sleep) terhadap Service Dog yang digunapakai oleh Polis, Tentera, Bomba, Kastam serta Penjara. Setelah haiwan ini berbakti pada Negara, kenapa ia perlu ditidurkan?
Kenapa Kerajaan enggan membenar haiwan ini hidup bahagia seperti anjing-anjing kesayangan yang lain setelah tugas mereka ditamatkan? Ia seolah-olah tidak adil kepada anjing yang banyak berbakti.
#parlimenbaganserai #dog #servicedog #sa...
Read Full Story | View Comments
|
|
Hari Ini Animal Malaysia Menyertai Perbincangan Be.. 28th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Hari ini Animal Malaysia menyertai perbincangan bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Pengerusi Kaukus Reformasi, Parlimen Malaysia.
Rombongan bersama Y.Bhg Puan Sri To’ Puan Shariffa Sabrina, Presiden Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) mengutarakan kepentingan dan mendesak tindakan segera di dalam usaha memelihara dan memulihara alam semula jadi dan hidupan liar.
Animal Malaysia diwakili Saudara Asyraf Rahim Pegawai Perhubungan Awam berkongsi kekhawatiran hilangny...
Read Full Story | View Comments
|
|
Presiden Animal Malaysia Kini Ke Wilayah Utara Ked.. 27th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Presiden Animal Malaysia kini ke Wilayah Utara Kedah dan Pulau Pinang bertemu Ketua Negeri Kedah Puan Sara Malik dan Ketua Negeri Pulau Pinang Cik Ada Amran bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan kebajikan dan jenayah kezaliman haiwan di Wilayah Utara.
Animal Malaysia mempunyai ketua di setiap negeri yang dikenali sebagai Head of State. Berperanan sebagai wakil untuk segala urusan Animal Malaysia dalam memastikan urusan pengendalian kes dan kejadian kezaliman haiwan dapat dibantu dengan ...
Read Full Story | View Comments
|
|
Tabung Bantu Adik Adib Mangsa Serangan Anjing Port.. 26th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Tabung Bantu Adik Adib mangsa serangan anjing Port Dickson masih diteruskan. Sasaran kutipan RM2,000.00 masih berjalan. Sehingga hari ini jumlah kutipan semenjak tabung ini dilancarkan 19 November 2019 adalah hanya RM415.00 sahaja.
Tabung Bantu Adik Adib masih perlukan RM1,585.00 untuk mencukupkan sasaran.
Pakat hulur ramai-ramai seorang sedikit sumbangan sama ada RM10, RM20, RM50, RM100, RM200 atau berapa yang termampu untuk beri kebahagiaan dan semangat kepada Adik Adib mangsa serangan anji...
Read Full Story | View Comments
|
|
1. Bela Masa Kecil Sebab Comel. 2. Dah Besar Tak M.. 25th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
1. Bela masa kecil sebab comel.
2. Dah besar tak mahu mandulkan kerana kononnya pemandulan haram dan halang hak kucing untuk rasa nikmat alam rumah tangga. Ada yang bagi alasan nak mandul tak ada duit dan kos vet mandul mahal. (Vet memang mahal. Vet kerajaan tak guna. Macam-macam prosedur birokrasi)
3. Bila lambat mandul atau tak mandul kucing dah gatal tak sangka beranak 3 kali setahun. Sekali beranak purata empat ekor. Setahun berkembang jadi 12 ekor.
4. Tak sanggup tanggung kos makan dah ...
Read Full Story | View Comments
|
|
Anjing Dan Babi Adalah Dua Haiwan Yang Sering Diwa.. 24th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
ANJING dan BABI adalah dua haiwan yang sering diwar-warkan HARAM dan NAJIS dalam masyarakat di Malaysia.
Namun di negara ini BABI diiktiraf manakala ANJING dimusuhi, ditangkap dan dibunuh.
BABI ada Ketua Babi dalam organisasi kerajaan.
BABI ada Unit, Seksyen dan Jabatan dalam organisasi kerajaan.
Namun malang sekali ANJING dimusuhi, dibunuh dan didiskriminasi.
BABI diangkat dan dijulang tinggi siap dengan jabatannya sendiri.
Kedua-dua haiwan ini dikaitkan haram, Najis Mughalazah, pembawa vi...
Read Full Story | View Comments
|
|
Jika Tidak Boleh Menyukai Anjing. Sekurang-Kurangn.. 23rd Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Jika tidak boleh menyukai anjing. Sekurang-kurangnya kasihanilah mereka.
Anjing juga ada kehidupan. Ada anak kecil untuk dihidupkan.
Tidak mahu beri makan. Tidak mengapa. Jangan sewenangnya dibunuh hanya satu dua kesalahan. Banyak penyelesaian lain boleh dilakukan.
Kita semua makhluk tuhan.
Jadilah insan yang bersifat Rahmatan Lil Alamin!
#dog #straydogs #strayanimals #saveouranimals #saveourstray #animals #malaysiaanimals #malaysiaanimalassciation
Read Full Story | View Comments
|
|
Suara Pencinta Haiwan Sekali Lagi Bergema Di Parli.. 22nd Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Suara pencinta haiwan sekali lagi bergema di Parlimen.
11 permintaan dan soalan untuk dijawab oleh Y.B Menteri yang jaga haiwan di Malaysia.
Kita nak perubahan segera dalam Malaysia!
Sekali lagi MP Bagan Serai, YB Dato Dr Noor Azmi Ghazali (PH Bersatu) berbahas isu Kebajikan Haiwan di Parliment. Kali ini MP Kangar, YB Amin (PH PKR) menyertai bahas. MP Kangar juga seorang rescuer. Dia bela sampai 40 ekor kucing kat rumah.
1. Berapakah peruntukan untuk Lembaga Kebajikan Haiwan?
2. Berapakah p...
Read Full Story | View Comments
|
|
Ganjaran Rm1,000 Kesan Pembunuh Kucing 21st Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Tak kira apa salah kucing ini. Pelaku pembunuh yang menggantung kucing wajib dicari. Hukuman penjara 3 tahun dan denda maksimum RM100,000.00 menanti ikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Animal Malaysia tawar RM1,000.00 saguhati untuk maklumat, laporan polis hingga pelaku didakwa dan jatuh hukum. Diharapkan rakaman CCTV kedai berdekatan dapat membantu. Ibu bapa, keluarga, saudara, sahabat handai dan jiran tetangga yang tahu kes ini. Jangan diam. Hangan subahat. Ini kes bunuh. Mohon tampil!
Jadika...
Read Full Story | View Comments
|
|
Apa Salah Besar Kucing Kerdil Ini Dihukum Gantung .. 20th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Apa salah besar kucing kerdil ini dihukum gantung sampai mati? Hingga kalian membunuhnya tanpa rasa belas?
Animal Malaysia nak hadiahkan RM1,000.00 kepada saksi mata yang lihat kejadian pembunuhan semalam 19/11/2019 atau individu yang ada rakaman video pelaku penggantung kucing di Tanjung Malim ini jika berani tampil buat aduan hingga pelaku ditangkap, didakwa di mahkamah dan dihumban ke penjara. Lokasi dikenal pasti adalah di Pondok Bit Arena Square, Tanjung Malim Perak.
Kita ada Akta Kebajik...
Read Full Story | View Comments
|
|
Tabung Mangsa Serangan Anjing Port Dickson - Adik .. 19th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
TABUNG MANGSA SERANGAN ANJING PORT DICKSON - ADIK ADIB
Dilancarkan tabung untuk bantu Adik Adib dan keluarganya. Pencinta anjing, pencinta haiwan, golongan marah dengan serangan anjing, pembenci anjing, kakitangan PBT, kakitangan DVS dan masyarakat Malaysia boleh ambik tanggungjawab bantu Adik Adib. Jangan biarkan Adik Adib berseorang menanggung ujian.
Pelancaran Tabung Adik Adib adalah atas persetujuan dan kebenaran bapa penjaga Adik Adib.
Sumbang seorang sedikit tapi ramai-ramai bersama hul...
Read Full Story | View Comments
|
|
Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika Bersama A.. 19th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika bersama Abang Kucing lawat Adik Adib mangsa serangan anjing Port Dickson di Hospital Port Dickson.
Selain itu lawatan turut ke Sekolah Rendah Agama Haji Awaluddin Port Dickson bertemu ustazah yang saksikan kejadian. Animal Malaysia telah dapat banyak kepastian dan cerita asal serangan kejadian.
Dalam lawatan bertemu bapa penjaga Adik Adib. Beliau redha dengan insiden yang dianggap satu kemalangan. Beliau berterima kasih kepada semua warga Malaysia yang...
Read Full Story | View Comments
|
|
Kehadiran Presiden Animal Malaysia Dan Abang Kucin.. 18th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Kehadiran Presiden Animal Malaysia dan Abang Kucing ke MPPD pejabat YDP hampa. YDP MPPD lari ikut pintu belakang.
Ini masalah PBT. Isu besar begini tak ambik serius. Kita datang nak bantu dan nak ambik peduli. Tapi mereka tak nak bagi kerjasama. Tak beri prioriti kes semasa yang serius. Dari dulu perangai PBT tak pernah berubah. Para pembenci haiwan anggap kita diam diri dan tak ambik peduli.
Kita tunggu Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Port Dickson turun ke Port Dickson lawat mangsa. Beri sumbang...
Read Full Story | View Comments
|
|
Isu Anjing Serang Budak Di Port Dickson. Presiden .. 18th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
ISU ANJING SERANG BUDAK DI PORT DICKSON
Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika dan Presiden Animal Action Team (AAT) Abang Kucing kini di Majlis Perbandaran Port Dickson.
Mesyuarat dengan Yang Dipertua (YDP) Encik Mohd Zamri bin Md Esa akan berlangsung jam 2.00 Petang.
MPPD menguatkuasa Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing 2010.
Animal Malaysia perihatin nasib mangsa!
Perkembangan Adik Adib klik link :
https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1 11522001201...
Read Full Story | View Comments
|
|
Malaysia Mencatatkan Banyak Serangan Haiwan Liar D.. 18th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Malaysia mencatatkan banyak serangan haiwan liar dan haiwan ganas. Antaranya Harimau Malaya liar pemangsa menyebabkan kematian banyak nyawa.
Antaranya kisah seekor Harimau Malaya diberi nama Scarface yang telah menyerang 5 mangsa dimana 4 daripadanya mati dalam keadaan ngeri dan seorang cedera parah dan sempat menyelamatkan diri di beberapa tempat Kelantan.
Itu belum lagi siri-siri serangan maut dan kecederaan oleh harimau kumbang dan harimau-harimau lain dalam negara.
Perkara ini tidak dihe...
Read Full Story | View Comments
|
|
Gajah Didakwa Mahu Ceroboh Kawasan Sekolah Dibunuh.. 18th Nov 2019, by Malaysia Animal Association
Gajah didakwa mahu ceroboh kawasan sekolah dibunuh demi menyelamatkan pelajar sekolah di Gua Musang Kelantan.
Hero penyelamat nyawa anak sekolah merupakan orang asli bernama Ajak bin Musuhewan menembak gajah ini sebelum dipercayai mahu menceroboh kawasan sekolah dan mengancam nyawa pelajar di sekolah.
Akibat marah kepada gajah yang mahu buat gangguan. Gajah dicincang secara total demi memastikan gajah benar-benar mati.
Menurut sumber, Pihak berkuasa dilaporkan tidak dapat mengambil langkah d...
Read Full Story | View Comments
|
|
Page: 1 ... 80, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87, 88, 89 ... 93 [ Next ]
|