Malaysia Animal Association News & Blogs
Instantly update yourself on the latest animal welfare developments. Leading animal shelters and rescuers will share news and knowledge with you, consolidated through their blogs and social media pages.
Page: 1 ... 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72, 73, 74, 75 ... 93 [ Next ]
Saksi Utama Pembunuhan Gantung Anjing Hingga Mati .. 16th May 2020, by Malaysia Animal Association
Saksi utama pembunuhan gantung anjing hingga mati dan terkeluar biji mata akhirnya tampil dan beri kerja sama buat laporan polis semalam. Kezaliman sadis ini juga sedang dalam tindakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Kedah untuk siasatan dan pendakwaan.
Pelaku kejam yang menggantung anjing hingga terkeluar biji mata juga sudah dikenal pasti keberadaannya. Kejadian dilakukan di Mergong, Alor Setar Kedah.
Terima kaseh kepada saksi yang tampil hubungi Animal Malaysia dan sanggup jadi ...
Read Full Story | View Comments
|
|
Dakwaan Orange Lynn Mengatakan Anak Saudaranya Men.. 14th May 2020, by Malaysia Animal Association
Dakwaan Orange Lynn mengatakan anak saudaranya menyaksikan kezaliman seorang lelaki zalimi dan gantung anjing adalah satu dakwaan amat berat dan serius.
Anak saudara kepada Orange Lynn adalah dinasihatkan tampil membuat laporan polis supaya pelaku yang diviralkan dapat disiasat secara adil.
Tuduhan bersifat sebelah pihak adalah tuduhan yang tidak adil dan dikhuatiri ia satu bentuk post bersifat sensasi. Apatah lagi tanpa pembuktian tarikh, masa, tempat dan fakta dari laporan kepada pihak berku...
Read Full Story | View Comments
|
|
Animal Malaysia Suarakan Kebimbangan Pelaksanaan D.. 14th May 2020, by Malaysia Animal Association
ANIMAL MALAYSIA SUARAKAN KEBIMBANGAN PELAKSANAAN DASAR ZERO STRAY - PENGHAPUSAN HAIWAN JALANAN YANG DIILHAMKAN BEKAS TIMBALAN MENTERI KESIHATAN DR LEE BON CHYE (PH) DAHULU.
Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika berkunjung ke pejabat Y.B Dato' Dr. Noor Azmi Timbalan Menteri Kesihatan 1 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya. Lawatan sebagai menghargai peranan Ahli Parlimen Bagan Serai yang sering melontarkan pandangan, soalan, tuntutan dan suara hak haiwan dalam parlimen sebelum ini. Y.B...
Read Full Story | View Comments
|
|
Yoges Penggantung Anjing Mengaku Bersalah Hari Ini.. 13th May 2020, by Malaysia Animal Association
Yoges Penggantung Anjing mengaku bersalah hari ini dan dijatuhkan hukuman Denda RM40,000.00 ATAU jika gagal bayar akan dipenjara 12 bulan (1 Tahun).
Keadilan haiwan berjaya ditegakkan!
Presiden
Animal Malaysia
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia...
Read Full Story | View Comments
|
|
Penzalim Haiwan Menggantung Anjing Bernama Yoges A.. 12th May 2020, by Malaysia Animal Association
Penzalim haiwan menggantung anjing bernama Yoges akan dituduh di Mahkamah Sesyen Banting, Selangor esok jam 9.00 pagi. Dia akan dituduh bawah Seksyen 29, Akta Kebajikan Haiwan 2015
Jika sabit kesalahan. Yoges berdepan denda minima RM20 Ribu atau Penjara sehingga 3 tahun atau kedua-dua nya sekali.
Yoges dikesan menggantung anjing di sebatang pokok mangga di Sungai Bidu, Banting Selangor sekitar 8 May 2020 hari Rabu lepas.
Tuduhan terhadap Yoges menunjukkan undang-undang berjalan dan keadilan t...
Read Full Story | View Comments
|
|
Sifat Ehsan Pada Anjing Atau Kucing Jalanan Dengan.. 11th May 2020, by Malaysia Animal Association
Sifat ehsan pada anjing atau kucing jalanan dengan memberi makan kepada mereka adalah sifat kemanusiaan terpuji. Memang haiwan jalanan memerlukan keperihatinan manusia seperti kita semua.
Namun disebalik keperihatinan ini. Pemberi Makan Haiwan Jalanan perlu peka dengan persekitaran. Alam persekitaran juga perlu dipelihara. Penanggungjabawan dituntut bagi memastikan semua pihak berpuas hati dan tiada siapa merungut dengan tahap kebersihan.
Animal Malaysia terima banyak aduan terhadap tahap kebe...
Read Full Story | View Comments
|
|
Seorang Lelaki Cina Disyaki Gantung Kucing Di Pint.. 9th May 2020, by Malaysia Animal Association
Seorang lelaki Cina disyaki gantung kucing di pintu pagar berjaya diberkas dan ditahan pihak berkuasa selepas aduan dibuat terhadap kes jenayah pembunuhan kejam kucing ini.
Animal Malaysia ucapkan terima kaseh kepada semua pihak terlibat yang bertungkus lumus bantu menjejak pengganas pembunuh kucing gantung di Jalan Ensing Timur, Kuching Sarawak.
Semoga kejadian ini menginsafkan penjenayah haiwan yang melakukan kezaliman terhadap haiwan. Urusan selebihnya adalah bergantung kebijaksanaan siasa...
Read Full Story | View Comments
|
|
Kucing Dicat Satu Badan Ditemui Di Kawasan Rumah D.. 8th May 2020, by Malaysia Animal Association
Kucing dicat satu badan ditemui di kawasan rumah di Sri Ampang Mas, Taman Dagang, Ampang Selangor pada 9.58 pagi 7 Mei 2020
Animal Malaysia dapat maklumat orang ramai yang temui kucing ini bahwa pelaku disyaki adalah penduduk di kawasan sama. Lebih mendukacitakan. Saksi yang lihat lelaki Cina melakukan kerja mengecat ini tidak tampil mengesahkan kejadian kepada pihak berkuasa hingga sekarang.
Satu laporan kepada pihak berkuasa dibuat untuk membolehkan siasatan dijalankan. Animal Malaysia berha...
Read Full Story | View Comments
|
|
Video Kucing Di Gantung Di Kuching Sarawak. Animal.. 8th May 2020, by Malaysia Animal Association
VIDEO KUCING DI GANTUNG DI KUCHING SARAWAK
Animal Malaysia sudah dapat jejak beberapa maklumat perlakuan mengenai gantung kucing sampai mati di Jakan Ensing Timur, Kuching Sarawak. Kejadian dilakukan oleh pengganas penjenayah haiwan pada 6 Mei 2020 sekitar jam 7.00 pagi.
Kucing digantung di pintu pagar luar rumah dalam keadaan tergantung.
Ramai saksi tidak mahu tampil kerana bimbang keselamatan diri, keluarga dan kediaman masing-masing.
Animal Malaysia sedang menguruskan laporan kepada pihak...
Read Full Story | View Comments
|
|
Animal Malaysia Dimaklumkan Terdapat Seekor Kucing.. 8th May 2020, by Malaysia Animal Association
Animal Malaysia dimaklumkan terdapat seekor kucing digantung di pagar sebuah rumah.
Animal Malaysia minta sesiapa yang benar-benar saksikan insiden gantung kucing sampai mati di Kuching Sarawak ini supaya tampil untuk sahkan kejadian ini selain sebagai keperluan untuk buat laporan.
Kes pembunuhan kucing begini adalah jenayah kezaliman haiwan yang berat dan tidak boleh didiamkan. Mohon kerjasama saksi tampil hubungi Animal Malaysia di Whatsapp +601120901097
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stra...
Read Full Story | View Comments
|
|
Facebook Nurasia Nurasia Mengajar Masyarakat Cara .. 8th May 2020, by Malaysia Animal Association
Facebook Nurasia Nurasia mengajar masyarakat cara bunuh anjing paling berkesan. Wanita ini juga mendidik masyarakat tentang halal dan dosa membunuh anjing.
Diharapkan wanita ini tidak tersalah makan sendiri atau terberi makan sardin yang telah digaul racun tikus kepada ibu, bapa, keluarga, suami atau anak-anaknya.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice...
Read Full Story | View Comments
|
|
Video Beberapa Individu Pijak Anak Kucing Sambil D.. 7th May 2020, by Malaysia Animal Association
Video beberapa individu pijak anak kucing sambil dijerut leher hingga lembik dan mati tidak ada seorang pon dapat mengesahkan kejadian bilakah ianya berlaku, dimana lokasi dan beberapa maklumat lain.
Apa yang pasti video ini digambarkan berlaku di negara luar berdasarkan perabut, kondisi rumah dan cara dialek pertuturan.
Animal Malaysia merayu sesiapa ada maklumat jika benar dakwaan banyak pihak bahawa ia berlaku di Malaysia. Tolong salurkan maklumat pelaku ke Whatsapp +601120901097 segera. K...
Read Full Story | View Comments
|
|
Dakwaan Pemilik Kucing Bernama Zueduan Duani Menge.. 6th May 2020, by Malaysia Animal Association
Dakwaan pemilik kucing bernama Zueduan Duani mengenai kucing-kucingnya diberi ayam goreng mengandungi racun pembunuh adalah satu dakwaan berat dan merupakan jenayah pembunuhan haiwan.
Animal Malaysia minta pemilik kucing-kucing malang ini tampil untuk buat aduan secara rasmi kepada pihak berkuasa jika yakin dan punyai asas untuk mendakwa pelaku.
Animal Malaysia difahamkan jiran memberi cebisan-cebisan ayam yang dilempar kepada kucingnya menyebabkan semua kucing yang terlibat memakan ayam mengg...
Read Full Story | View Comments
|
|
Video Of Dog Being Hung By Its Neck Making Rounds On Social Media 6th May 2020, by Malaysia Animal Association
Kes Anjing digantung hidup-hidup oleh Pengganas Haiwan di Banting Selangor tidak boleh dimaafkan.
Animal Malaysia menggesa mahukan penangkapan dan siasatan pengganas menggantung anjing diuruskan oleh Penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan bukannya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ini kerana Animal Malaysia mahu Akta Kebajikan Haiwan 2015 dikuatkuasakan DVS terhadap kes zalim menggantung anjing ini. Mengikut Akta ini Hukuman...
Read Full Story | View Comments
|
|
Lelaki Gantung Anjing Miliknya Di Pokok Mangga Ber.. 6th May 2020, by Malaysia Animal Association
Lelaki gantung anjing miliknya di pokok mangga berdegil tidak mahu lepaskan tali gantung anjing dan mencabar supaya penyelamat laporkan kepada polis.
Bantu Animal Malaysia jejak keberadaan penjenayah pengganas haiwan ini. Tawaran saguhati RM3,000.00 kepada sesiapa dapat jejak lelaki pengganas haiwan yang gantung anjing begini hingga laporan polis dibuat, pengganas haiwan didakwa dan disumbat ke penjara.
Whatsapp Animal Malaysia +601120901097 untuk bekalkan maklumat lengkap. Kerahsiaan peribadi...
Read Full Story | View Comments
|
|
Inilah Antara Pemberi Makan Haiwan Jalanan Animal .. 6th May 2020, by Malaysia Animal Association
Inilah antara Pemberi Makan Haiwan Jalanan (Animal Feeder) yang memang diakui menjaga kawasan masing-masing di kawasan Lembah Klang. Animal Malaysia menzahirkan sokongan dengan beri bantuan makanan anjing dan kucing serta beras kepada Animal Feeder yang bertungkus lumus bantu beri makan kepada anjing dan kucing jalanan ini sebagai tanda berterima kaseh, menghargai dan galakan kepada mereka.
Animal Malaysia tiada dasar menyelamat haiwan (animal rescue) dan tiada menjalankan pusat kurungan haiwan...
Read Full Story | View Comments
|
|
Penerbitan Ajaran Kaedah Bunuh Secara Meracun Mony.. 6th May 2020, by Malaysia Animal Association
Penerbitan ajaran Kaedah Bunuh Secara Meracun Monyet untuk menghapuskan monyet liar oleh mana-mana pihak sangatlah tidak beretika dan bersifat terlalu zalim. Ajaran ini juga bakal diikut oleh rakyat Malaysia dan menjadikan ianya amalan.
Tanpa disedari membunuh monyet dengan kaedah tuba, racun atau secara mengubah fizikal dengan mengecat untuk lihat monyet menderita adalah bersalahan dengan Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010.
Jika mana-mana pihak melakukan penghapusan monyet mengikut petua yan...
Read Full Story | View Comments
|
|
Asbab Dari Diva Aa Memuat Naik Turun Video Maki Ha.. 5th May 2020, by Malaysia Animal Association
Asbab dari Diva AA memuat naik turun video maki hamun kucing untuk sampaikan mesej kepada pelanggar PKP diluar sana. Kini masyarakat jelas bahawa memaki hamun hingga mendatangkan kegentaran kepada haiwan boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan Terrify (mendatangkan ketakutan ekstrem).
Insiden tanpa niat jahat terhadap kucing dibuat-buat untuk memerli masyarakat yang tidak patuh PKP baru-baru ini. Bukanlah niat yang khusus menggentarkan kucing milik Diva AA sendiri.
Isu ini telah diperjelaskan...
Read Full Story | View Comments
|
|
Insiden Video Diva Aa Menghamun Kucing Untuk Memer.. 4th May 2020, by Malaysia Animal Association
Insiden video Diva AA menghamun kucing untuk memerli masyarakat ingkar PKP dirungkai hari ini. Pagi tadi Diva AA telah menghubungi Animal Malaysia dan bersemuka dengan Presiden Arie Dwi Andika untuk kemukakan permohonan maaf kepada semua warga pencinta haiwan di Malaysia.
Menurut Diva AA video tersebut bukanlah untuk menakutkan kucing peliharaannya tetapi sekadar ibarat 'pukul anak sindir menantu' dan ditujukan kepada golongan sasaran ingkar PKP. Cuma mediumnya melalui kucing peliharannya.
Sat...
Read Full Story | View Comments
|
|
Sekalung Tahniah Dan Penghargaan Buat Warga Kerja .. 3rd May 2020, by Malaysia Animal Association
Sekalung tahniah dan penghargaan buat warga kerja Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Pulau Pinang atas usaha bantu selamatkan seekor anjing yang hampir lemas dalam monsoon drain tepi Jalan Dato Keramat, Nibong Tebal Pulau Pinang pagi tadi.
Ini kali kedua dalam tahun ini kakitangan PBT dilaporkan bantu selamatkan nyawa anjing yang dalam bahaya.
Diharapkan juga pengurusan atasan PBT seluruh Malaysia mengubah dasar dan Undang-Undang Kecil (UUK) PBT masing-masing supaya lebih berkompromi dan ...
Read Full Story | View Comments
|
|
Page: 1 ... 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72, 73, 74, 75 ... 93 [ Next ]
|