Malaysia Animal Association News & Blogs
Instantly update yourself on the latest animal welfare developments. Leading animal shelters and rescuers will share news and knowledge with you, consolidated through their blogs and social media pages.
Page: 1 ... 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72, 73 ... 96 [ Next ]
Animal Malaysia Menerima Aduan Terdapat Beberapa E.. 14th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Animal Malaysia menerima aduan terdapat beberapa ekor monyet terperangkap mati akibat berhujan panas dan kebuluran tanpa makan minum dalam tempoh yang lama dalam perangkap dipercayai milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Negeri Sembilan.
Penduduk berhampiran yang tampil mengadu tidak dapat membantu monyet yang terperangkap memandangkan keadaan sangkar yang berkunci dan tiada ruang untuk menghulur makanan serta minuman kepada monyet. Perangkap juga tidak disertakan nama pemilik dan nombor untu...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Bukan Semua Kucing Yang Diselamatkan Dan Dipelihar.. 14th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Bukan semua kucing yang diseamatkan dan dipelihara bernasib baik. Malah nasib mereka lebih buruk daripada sebelum diselamatkan di jalanan.
Menyelamatkan kucing dan Memelihara kucing secara bersangkar tanpa ada tanggungjawab terhadap hak persekitaran yang bersih, kesihatan dan keselesaan sangkar menyebabkan pemilik boleh terheret menjadi penzalim haiwan.
Kucing yang dipelihara di hadapan rumah sebuah flat kos rendah di Bandar Bayan Baru, Bayan Lepas Pulau Pinang ini benar-benar mengganggu kesele...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Dunia Pencinta Haiwan Hari Ini Digemparkan Dengan .. 13th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Dunia pencinta haiwan hari ini digemparkan dengan penemuan bulu kucing lengkap berkepala yang telah dilapah dan dikeringkan atas sebuah kereta di negara ini.
Animal Malaysia terima foto dan video yang memaparkan penjemuran kulit beserta bulu kucing lengkap berkepala yang telah dilapah untuk tujuan perhiasan.
Tidak dipastikan sama ada kulit dan bulu kucing lengkap berkepala ini adalah hasil lapahan daripada kucing yang telah mati atau kucing yang hidup dibunuh terlebih dahulu untuk tujuan lapa...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kes Kucing Bersangkar Dibiarkan Berhujan Lebat Dan.. 13th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Kes kucing bersangkar dibiarkan berhujan lebat dan berpanas di belakang rumah di Taman Pengkalan Jaya, Ayer Molek Melaka.
Perakam video telah pun beri bantuan perlindungan dengan menyarungkan plastik di sangkar untuk lindungi kucing terkena basahan hujan selepas rakaman dibuat. Tujuan rakaman adalah sebagai prosedur bukti yang boleh digunapakai untuk laporan pengabaian kepada pihak berkuasa.
Rujuk video kes :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=13341 00940130436&id=633109216896282
A...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Demi Agenda Memperkasakan Kesedaran Haiwan Terutam.. 12th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Demi Agenda memperkasakan kesedaran haiwan terutama anjing dan kucing di seluruh negara. Animal Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan Terima Kasih kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) atas kesudian menjemput dan melibatkan Animal Malaysia dalam program anjuran DBP.
Mesyuarat pagi ini di Menara DBP adalah untuk menjayakan 'Program Dekad Membaca Kebangsaan' mengenai kesedaran haiwan diketuai oleh pihak DBP Tuan Haji Mohd Salahuddin bin Dato' Paduka Mohamed Ketua Bahagian Promosi ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Bukan Semua Kucing Bertuan Memiliki Kebahagiaan. J.. 11th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Bukan semua kucing bertuan memiliki kebahagiaan. Jika dapat tuan yang tidak berperasaan. Kucing peliharaan bakal melalui kesengsaraan.
Jika kucing jalanan dapat melarikan diri tatkala ribut melanda. Kucing peiharaan berasangkar di luar rumah tiada pilihan. Hujan dan panas harus dihadap tanpa kepedulian.
Pemilik yang memelihara kucing secara bersangkar dan diletakkan di luar kediaman perlu meneliti risiko tempias hujan dan terikan panas matahari apabila meletakkan sangkar mereka.
Insiden ini d...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Inilah Keadaan Sebelum Dan Selepas Kucing Yang Dil.. 10th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Inilah keadaan sebelum dan selepas Kucing yang dilapah oleh pembunuhnya di Bandar Kinrara, Puchong Selangor.
Apalah dosa sebesar mana sangatlah kesalahan kucing betina ini hingga sanggup pelaku merobek perutnya untuk organ dalaman seperti jantung, paru.paru, hati dan buah pinggang? Manakala bahagian tengkoraknya hilang dan hanya tinggal kulit kepala lengkap dengan hidung dan teinganya. Darahnya juga kering dan tiada tompokan darah dimana-mana kawasan dia ditemui.
Si Kucing Kinrara ini ditemui...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kucing Berpemilik Ditemui Mati Dilapah Untuk Darah.. 10th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
DISYAKI DIGUNAKAN UNTUK PEMUJAAN, SPIRITUAL ATAU SEMBAHAN - KUCING DILAPAH UNTUK DARAH, OTAK DAN ORGAN DI PUCHONG SELANGOR
Belom pon reda dengan kes langgar mati kucing secara kejam. Hari ini satu kes diterima Animal Malaysia. Kucing dilaph di bahagian kepala untuk ambil bahagian tengkorak dan otak manakala hidung, telinga dan kulit muka masih sempurna.
Di bahagian badan pula. Satu tebukan di perut ditemui dengan usus terkeluar manakala organ dalaman seperti jantung, hati dan buah pinggang hil...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kes Langgar Kucing Hingga Hancur Di Razak Mansion .. 9th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
KES LANGGAR KUCING HINGGA HANCUR DI RAZAK MANSION - PEREMPUAN CINA BIADAP KINI DIBURU!
Berikutan kemarahan masyarakat terhadap kekejaman seorang pemandu perempuan Cina yang dilihat langgar kucing hingga penyek dan pecah kepala. Saksi telah tampil buat laporan polis. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) kini buka kertas siasatan.
Rujuk kes : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=133199 3687007828&id=633109216896282
Animal Malaysia ucapkan terima kaseh kepada saksi kerana sudi b...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Inilah Keadaan Kucing Jalanan Yang Jadi Mangsa Lan.. 9th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Inilah keadaan kucing jalanan yang jadi mangsa langgar lari Insiden pandu laju dan merempuhnya ketika sedang berehat di parking Razak Mansion, Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur tempoh hari.
Hari ini Animal Malaysia terpaksa mengeluarkan gambar keadaan kucing jalanan malang ini sebagai tatapan untuk menggesa pengadu dan merayu supaya pengadu segera buat laporan rasmi untuk membolehkan pelaku disiasat atas perbuatan melanggar kucing sama ada sengaja atau tidak sengaja. Sekurang-kurangnya kasihani...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Budaya Mengecat Badan Haiwan Adalah Satu Jenayah. .. 8th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Budaya mengecat badan haiwan adalah satu jenayah. Ia mengubah sifat semulajadi haiwan dan lebih membahayakan apabila haiwan menjilat tubuh yang dicat boleh menyebabkan toksin.
Tindakan Saudara DnA'z Junior Kane mempamerkan di Facebook miliknya mengenai beberapa anjing yang diukir Tattoo diseluruh badan kelihatan amat menyeksakan. Diragui adakah anjing-anjing ini miliknya atau sekadar iklan bersumberkan foto luar negara?
Penjelasan Saudara DnA'z Junior Kane diperlukan untuk menentu sahkan menge...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kepada Presiden Anim.. 8th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika.
Semoga dapat menerajui dunia haiwan dengan lebih baik dan tetap sudi memacu Persatuan Haiwan Malaysia.
Sejarah rentetan penglibatan Presiden Arie dalam dunia haiwan bermula pada tahun 2000 dan memegang beberapa jawatan :
2005 -2017
Pengerusi
Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur dan Selangor
2009 - 2012
Timbalan Presiden
Persatuan Peminat Kucing Malaysia
2012 - 2017
Presiden
Pertubuhan Pendaftar Baka Kucing Mala...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Melaka Sudah.. 8th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
PEJABAT TIMBALAN PENDAKWA RAYA NEGERI MELAKA SUDAH TERIMA SURAT RAYUAN MENGKAJI SEMULA HUKUMAN DIKENAKAN KEPADA PEMILIK ANJING PITBULL
Barisan Pembela Haiwan Kebangsaan (BAPAK) sudah menghantar surat kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka untuk pihak mereka - Memfailkan rayuan terhadap hukuman RM2, 000 yang dikenakan pada Liew Sea Hai, Pemilik Anjing Pittbul
Notis Rayuan perlu difailkan dalam tempoh 14 hari. Jika rayuan dibuat, semakan hukuman yang terlalu ringan iitu denda RM2,000 akan di...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pasukan Pakar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malay.. 7th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
PASUKAN PAKAR JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA (DVS) SANGAT MENGAMBIL BERAT MASA DEPAN ANJING PITBULL.
Hari ini Memorandum Anjing Pitbull berjaya diserahkan. Memorandum diserah oleh Arie Dwi Andika, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia kepada Y.H Dato' Dr Norlizan Mohd Noor, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Vererinar Malaysia (DVS).
Pertemuan berlansung selama 1 Jam 30 Minit. Semua yang dizahirkan oleh Pencinta Haiwan telah BAPAK sampaikan. Termasuk keperluan Anjing Pitbull diberi 2nd ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kucing Sedang Berehat Mati Sengaja Dilanggar - Pem.. 7th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
KUCING SEDANG BEREHAT MATI SENGAJA DILANGGAR - PEMILIK KERETA DIMINTA TAMPIL
Satu insiden kejam melanggar kucing sedang berehat hingga mati telah berlaku pada 23 Julai 2020 lepas. Pemandu Kereta dikenal pasti seorang lelaki Cina dengan nombor Plat BML8...
Kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta Flat Razak Mansion, Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur pada 12.50 tengah hari dirakam CCTV Tempat Letak Kereta Badan Pengurusan Razak Mansion.
Saksi menghubungi Animal Malaysia untuk memaklumkan...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Perlakuan Ini Bukan Melatih. Ianya Lebih Kepada Me.. 6th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Perlakuan ini bukan melatih. Ianya lebih kepada membuli dan mendera Kera. Ia satu kaedah zalim yang melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Di Negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu memelihara Beruk hanya untuk tujuan memetik kelapa sahaja dibenarkan dan masih ada Lesen Memelihara dikeluarkan okeh pihak PERHILITAN.
Namun apakah tujuan dan fungsi memelihara kera atau monyet yang tidak mampu bekerja untuk manusia seperti mana beruk. Kejadian ini dikesan berlaku di Kelantan. Mo...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Liew Sea Hai, Pemilik Pitbull Mengaku Bersalah. Ke.. 6th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
LIEW SEA HAI, PEMILIK PITBULL MENGAKU BERSALAH. KENA RM2, 000 SAJA. INI TIDAK ADIL. ANIMAL MALAYSIA AKAN BUAT RAYUAN. JOM RAMAI-RAMAI BANTU.
Liew Sea Hai, Pemilik Anjing Pitbull yang serang mangsa Perempuan Indonesia di Taman Tanjung Minyak Melaka dituduh bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan pagi ini di Mahkamah Magistrate Ayer Keroh, Melaka. Dia mengaku bersalah dan Magistrate jatuhkan hukuman denda maksima hanya sebanyak RM2, 000 saja
Seksyen 289 KK adalah Undang-Undang yang lemah. Magistrate t...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Ramai Buat Spekulasi Mengenai Keberadaan Anjing Pi.. 5th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Ramai buat spekulasi mengenai keberadaan Anjing Pitbull Tanjung Minyak Melaka. Adalah dimaklumkan bahawa Anjing Pitbull masih dalam simpanan DVS Melaka.
Belom ada mana-mana penanggungjawab yang diberi hak mengambil anjing Pitbull sehingga sekarang. Justeru pengakuan mana-mana entiti bahawa anjing Pitbull ada pada mereka adalah satu pengakuan bohong dan penipuan.
Untuk elak perkara serangan berulang. Sekiranya DVS membenarkan Penanggungjawab baharu yang bakal mengambil Pitbull. Penanggungjawab ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Sangkaan Bahwa Semua Anjing Garang Dan Bersifat Me.. 5th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
Sangkaan bahwa semua anjing garang dan bersifat menyerang adalah salah. Anjing juga boleh dilentur dan didik sesuai peranannya sebagai hiwan defensive dan mencintai tuan dengan kesetiaan.
Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika bersama Anjing bernama Jojo yang diselamatkan. Jojo disifatkan garang oleh penduduk di sebuah taman perumahan di Klang Selangor satu ketika dahulu hingga membawa kepada penderaannya.
Mengimbau kisah lampu 5 tahun lalu. Anjing Jojo adalah anjing jalanan yang diselamatka...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pemilik Anjing Pitbull Tanjung Minyak Masih Mister.. 5th Aug 2020, by Malaysia Animal Association
PEMILIK ANJING PITBULL TANJUNG MINYAK MASIH MISTERI DAN BEBAS MENIKMATI HIDUP MANAKALA NASIB ANJING MASIH KELAM - MASYARAKAT PENCINTA HAIWAN DI MALAYSIA MASIH TUNGGU TINDAKAN KE ATAS PEMILIK.
Video keadaan semasa Anjing Pitbull Tanjung Minyak Melaka terkini. Nasib anjing Pitbull Tanjung Minyak Melaka masih samar. Seluruh negara meletakkan kesalahan kepada seekor anjing peliharaan ini. Nyawanya bakal melayang tidak lama lagi oleh kerana kesialan sikap pemilik yang mempetaruhkan dan mengkambing h...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Page: 1 ... 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72, 73 ... 96 [ Next ]
|