Malaysia Animal Association News & Blogs
Instantly update yourself on the latest animal welfare developments. Leading animal shelters and rescuers will share news and knowledge with you, consolidated through their blogs and social media pages.
Page: 1 ... 56, 57, 58, 59, 60, 61, 62, 63, 64, 65 ... 94 [ Next ]
Zoo Negara Kembali Alami Krisis Kewangan 18th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Kekurangan dana dan perlu perbelanjaan RM1,000,000.00 sebulan untuk biaya kos operasi. Animal Malaysia mohon masyarakat Malaysia amalkan pemberian tetap sumbangan RM10.00 sebulan setiap orang untuk bantu Zoo Negara.
Namun adalah sebaiknya Zoo Negara menasihatkan kerajaan mengembalikan semula Panda ke negara asal memandangkan kos penjagaan tinggi dan memerlukan pembiayaan insurans Panda sebanyak RM680,000.00 setahun. Ini kerana kerajaan hanya membantu kos pembiayaan untuk Zoo Negara apabila kead...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kucing Hanyut Ke Sungai Ketika Hujan Lebat Dan Air.. 18th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Kucing hanyut ke sungai ketika hujan lebat dan air deras berjaya diselamatkan oleh Pasukan Bomba. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kaseh kepada team Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya yang bertungkus lumus berusaha membawa keluar seekor kucing terperangkap di atas longgokan sampah di tiang jambatan dalam sungai.
Kejadian ketika hujan lebat berlaku di D.Island Putra Perdana, Puchong Selangor adalah satu tragedi buat kucing dan pemiliknya. Bagaimana pun kucing diberi nama Oren berjaya dib...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kegembiraan Dua Anjing Bersahabat Berakhir Tragedi.. 17th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Kegembiraan dua anjing bersahabat berakhir tragedi mati ditembak kejam tanpa peri kemanusiaan oleh manusia durjana yang sakit hati kehadiran mereka.
Kejdian disedari jam 7.00 pagi oleh penduduk kampung yang bertanggungjawab beri kedua-dua anjing ini makanan setiap hari. Kedua ekor anjing ini adalah anjing jalanan yang menumpang teduh di kawasan kampung berdekatan Ladang Ketengah Perwira, Bandar Cheneh Baru, Kemaman Terengganu.
Animal Malaysia menerima aduan penduduk pada awal pagi tadi sekita...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Tindakan Adik Ini Yang Sanggup Masuk Dan Redah 'Mo.. 16th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Tindakan adik ini yang sanggup masuk dan redah 'monsoon drain' dalam begini untuk selamatkan nyawa anak kucing amatlah dipuji. Ia menggambarkan kesedaran dan kemanusiaan tinggi terhadap haiwan dari seorang kanak-kanak.
Namun adalah sebaiknya jika adik-adik melibatkan orang dewasa atau meminta pertolongan mana-mana orang dewasa menghubungi pasukan penyelamat seperti bomba dan pertahanan awam yang mempunyai latihan menyelamat jika melibatkan tempat atau kawasan berisiko seperti dalam gambar ini.
...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Lagi Tapir Mati Dilanggar Malam Tadi Menjadikan Mi.. 15th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Lagi Tapir mati dilanggar malam tadi menjadikan minggu ini dua kematian tapir akibat kemalangan. Kali ini melibatkan seekor Tapir jantan terlentang di tepi jalan Kampung Sri 10, Sungai Durian-Chenulang, Kuala Krai, Kelantan.
Menurut Perhilitan Kelantan tapir yang mati dianggarkan berusia 25 hingga 35 tahun seberat 150 kilogram dan ditemui pada 10 malam. Kematian disyaki disebabkan tapir mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.
“Kami mendapati keadaan jalan di tempat kejadian adalah jal...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Jom Sertai Jom Kongsi Rezeki. Program Bagi Makan K.. 14th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Jom sertai JOM KONGSI REZEKI !
Program bagi makan kucing dan anjing jalanan adalah Program komuniti anjuran Animal Malaysia, Kelab Kucing Malaysia (Pak Khalid Bin Rashid), Sayang-Sayang Cat Care (Puan Sue Mayang) dan Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur & Selangor (Kulcats).
Jom sama-sama turun padang jejak kucing dan anjing jalanan yang memerlukan kita semua!
Rujuk poster untuk maklumat program.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Terima Kasih Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 12 Nove.. 14th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
12 November 2020 Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukkan membina Pusat Jagaan Anjing Terbir di Taman Inderawasih, Perai Pulau Pinang.
Pusat ini akan diuruskan oleh Pertubuhan Pemuliharaan Anjing Terbiar (Mercy) Perai.
YB. Prof. Dr. P. Ramasamy hadir di tapak pembinaan bagi meninjau kerja-kerja pembangunan pusat jagaan yang baru bagi anjing tebiar di kawasan Perai.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kucing Jalanan Bunting Diberi Nama Kiki Oleh Penye.. 13th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Kucing jalanan bunting diberi nama Kiki oleh penyelamatnya kini selamat menjalani pembedahan 'Dystocial' atau kandungan tersangkut dalam perut dan tidak boleh melahirkan secara normal.
Kiki yang diselamatkan oleh Puan Maszni Ithnin dari Skudai Johor dibedah disebuah vet dengan kos RM770.00 untuk selamatkan nyawanya mengeluarkan anak dalam kandungan dan sekali dengan pemandulan. Amat dukacita apabila anak yang tersangkut dalam kandungan kesemuanya mati.
Kini Puan Maszni cuba mengumpulkan bayara...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Seekor Tapir Mati Dirempuh Seorang Penunggang Moto.. 13th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Seekor Tapir mati dirempuh seorang penunggang motorsikal dalam kemalangan berdekatan Sekolah Memandu Safe Motoring Academy di Jalan Kampung Rokan - Johol, Gemenceh Negeri Sembilan malam tadi.
Penunggang motorsikal dilaporkan cedera parah manakala motor ditunggang hancur teruk.
Kemalangan tidak disengajakan ini adalah disebabkan Tapir keluar dari habitat dan menyeberang jalan raya utama.
Beginilah apabila habitat haiwan liar musnah akibat kerakusan pembalakan manusia. Tapir antara haiwan lia...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Siri 1 - Ada Yang Tak Kena. Jenayah Haiwan. Pengua.. 13th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Siri 1
Jenayah haiwan. Penguatkuasa haiwan jangan main-main uruskan amanah dan tanggungjawab. Pengalaman kerja 40 tahun tidak tidak jamin integrity dan kompetensi dalam kerjaya. Undang-undang tidak membezakan jenis haiwan. Rakyat saksikan semuanya dan inilah cara kerja anda!
Dimana keadilan untuk haiwan? Kita tunggu dan lihat.
- Unit Media Animal Malaysia -
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #sav...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Buaya 800kg Berumur 80 Tahun Sesat Masuk Longkang .. 11th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
BUAYA 800KG BERUMUR 80 TAHUN SESAT MASUK LONGKANG DIPINDAHKAN KE TEMPAT SELAMAT
Proses pemindahan buaya tembaga oleh Pasukan Bomba dengan bantuan menggunakan 'Forklift' dan seterusnya dihantar ke tempat Penyimpanan Sarawak Forestry Corporation (SFC) sementara di Kubong, Sarawak.
PPgB Clarence D Primus, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang mengetuai operasi membantu SFC memindahkan buaya seberat 800 KG dari parit belakang Sekolah Kebangsaan St Edmund Limbang ke Tempat Penyimpanan Sementa...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Sumbangan Masyarakat Untuk Pembinaan Shelter Sayan.. 11th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Sumbangan masyarakat untuk pembinaan Shelter Sayang-Sayang Kitten Garden Puan Sue Mayang yang dikumpul telah diserahkan kepada pemiliknya sendiri Puan Azizah Ibrahim semalam dan disaksikan bersama oleh Pak Khalid Bin Rashid Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM).
Animal Malaysia mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua penyumbang yang mengambil bahagian memberi sumbangan seorang sedikit dan sumbangan hanya berjaya mengumpul sejumlah RM3,600.00 dan jauh dari jumlah yang diperlukan.
Pembiaya...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Animal Activists Want Tougher Law Used Against Jasin Dog Killer 11th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
HUKUMAN CUMA SATU TAHUN UNTUK PEMBUNUH ANJING JASIN MEMPAMERKAN JENAYAH PEMBUNUHAN HAIWAN SECARA KEJAM ADALAH PERKARA REMEH
Semalam Pengganas pembunuh anjing Jasin telah dituduh, didakwa dan dijatuhkan hukuman hanya 1 tahun penjara oleh Mahkamah Jasin kerana perbuatan jenayah pembunuhan kejam Anjing Jasin berpemilik.
Jika dilihat kepada kesengsaraan dan deritanya Anjing Jasin yang diserang, ditikam hingga terburai perut lalu dipakuk. Hukuman penjara 1 tahun melalui Seksyen 428 Kanun Keseksaan ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pengganas Pembunuh Anjing Jasin Berdepan Pertuduha.. 10th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
PENGGANAS PEMBUNUH ANJING JASIN BERDEPAN PERTUDUHAN DI MAHKAMAH JASIN MELAKA PAGI INI.
Pengganas pembunuh anjing di Taman Maju, Jasin Melaka akan dituduh di Mahkamah Jasin, Melaka pagi ini. Pertuduhan akan dibaca mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat terhadap haiwan yang bakal merangkul hukuman penjara maksimum 3 tahun, denda dan penjara. Selain itu pengganas haiwan berbangsa India ini juga berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Mana Satu Haiwan Sebenarnya?. Betul Kata Orang Tua.. 9th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Mana satu haiwan sebenarnya?
Betul kata orang tua-tua. "Dalam haiwan tak ada manusia. Tapi dalam manusia ramai haiwan."
Apalah sangat dengki dengan haiwan?
Ni ayah siapa ni? Tolong nasihat dia sikit boleh?
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #ma...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Bunuh Anjing Dengan Kejam 8th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Pengganas haiwan yang telah ditangkap polis kerana menyerang, menikam dan menetak anjing hingga mati di Taman Maju, Jasin Melaka berdepan dengan dua pertuduhan Seksyen iaitu Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat terhadap haiwan.
Animal Malaysia merayu supaya kes pembunuhan ngeri anjing ini dipindahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) supaya pengganas haiwan dapat dituduh di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Belasan Kucing Dikurung Mati Kebuluran Dalam Premi.. 8th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Belasan kucing dikurung mati kebuluran dalam premis kosong di Taman Humaira, Tanah Merah Kelantan dilaporkan hari ini.
Kucing-kucing yang mati kebuluran mereput dalam premis kosong tingkat atas disyaki mengalami dehydration berdasarkan mayat mereput yang kering dan hanya menjadi serpihan debu.
Mengikut keterangan saksi bernama Saudara Nik Qayum, pelaku yang kerap mengutip kucing dan bawa naik ke premis kosong tanpa pengetahuan orang ramai merupakan seorang lelaki bermasalah mental.
Kejadian ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kucing Putih Diberi Nama Bubu Ini Adalah Stray Yan.. 8th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Kucing putih diberi nama BUBU ini adalah stray yang menderita penyakit FIP DRY FORM. Dia diselamatkan oleh kumpulanrescuer diketuai gadis bernama Zalika ( 0145242467) di Gombak Selangor dalam keadaan terjelepok dan ibarat hidup segan mati tak mahu.
Urusan merawatnya ditugaskan kepada Ivet Petcare Setiawangsa. Kos untuk beri hidup baharu kepada Bubu ini mencecah RM6,000.00 dan kumpulan rescuer ini berusaha membuktikan untuk menyembuhkan si Bubu.
Mereka mohon sokongan dan bantuan semua warga Ma...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kes Serangan Tikam Dan Pakuk Anjing Berpemilik Di .. 8th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Kes serangan tikam dan pakuk anjing berpemilik di Taman Maju, Jasin Melaka kini dalam tindakan untuk dakwaan. Tubuh mayat anjing yang dibunuh digali semula untuk tujuan Post-Morterm dan di bawa ke Makmal Veterinar Salak Tinggi Selangor oleh sepasukan pegawai Penyiasat Jabatan Veterinar Negeri Melaka (DVS).
Terima kasih kepada Ketua Bahagian Regulatori DVS Melaka Dr. Tuan Ajmal binti Tuan Kamaludin yang mengetuai pasukan semalam. Turut sama Ketua Bahagian Penguatkuasa DVS Melaka Encik Raja Mazla...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Foto Pemberian Makan Ular Sawa Dengan Anak Kucing .. 7th Nov 2020, by Malaysia Animal Association
Foto pemberian makan ular sawa dengan anak kucing makin rancak berlegar dalam media sosial di negara ini.
Ingin Animal Malaysia tegaskan bahawa insiden memberi ular sawa makan anak kucing seperti dalam gambar ini berlaku di Indonesia dan bukan di negara ini.
Bagaimanapun Animal Malaysia mengecam tindakan memberi makan ular peliharaan dengan haiwan sama ada kucing atau anjing yang bukan bersesuaian dengan fitrah sebenar makanan haiwan liar ini kerana dikhuatiri mengundang penyakit zoonotik berj...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Page: 1 ... 56, 57, 58, 59, 60, 61, 62, 63, 64, 65 ... 94 [ Next ]
|