Malaysia Animal Association News & Blogs
Instantly update yourself on the latest animal welfare developments. Leading animal shelters and rescuers will share news and knowledge with you, consolidated through their blogs and social media pages.
Page: 1 ... 47, 48, 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56 ... 94 [ Next ]
Maklumat Tepat Identiti Pelaku Melempar Kucing Ke .. 20th May 2021, by Malaysia Animal Association
Maklumat tepat identiti pelaku melempar kucing ke dalam lombong telah diterima Animal Malaysia. Laporan telah dipanjangkan ke pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Putrajaya. Tangkapan dan dakwaan bergantung kepada bagaimana siasatan oleh pihak berkuasa. Urusan berkaitan undang-undang kini di bawah pengendalian mereka.
Animal Malaysia mengucapkan terima kaseh kepada semua pihak terlibat dan rakan media hingga berjaya mendapat maklumat jejak lokasi sebenar pelaku dan tempat kejadian d...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Anjing Malang Ini Didakwa Sudah Dua Hari Dalam Kea.. 20th May 2021, by Malaysia Animal Association
Anjing malang ini didakwa sudah dua hari dalam keadaan meraung kesakitan seolah-olah menceritakan penderitaan. Suaranya yang nyaring dapat didengari namun keberadaannya tidak dapat ditemui. Mungkin dia bersembunyi akibat trauma terhadap apa yang menimpanya.
Namun hari ini kelibat jasadnya dilihat keluar dari tempat persembunyiaan. Anjing ini kelihatan sudah lemah, kebuluran, menahan sakit dan sangat memerlukan bantuan masyarakat berdekatannya.
Saudari Athirah Nordin (H/P : 0194080757) amat mem...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Animal Malaysia Tawar Rm2,000.00 Saksi Yang Berjay.. 20th May 2021, by Malaysia Animal Association
ANIMAL MALAYSIA TAWAR RM2,000.00 SAKSI YANG BERJAYA JEJAK PELAKU LEMPAR KUCING KE DALAM LOMBONG
Aksi lempar kucing ke dalam lombong begini tidak boleh di maafkan. Risiko kematian sama ada lemas atau dimakan ikan pemangsa bakal dihadapi sang kucing. Lokasi dipercayai berlaku di Johor negeri Laksa Ikan Tenggiri dan Ikan Tuna.
Bantu Animal Malaysia mengecam wajah, lokasi dan suara percakapan pelaku serta rakannya. Mungkin ada dikalangan rakan, sahabat, saudara, kenalan pejabat atau jiran tetangga...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Hari Ini Hari Malang Untuk 20 Ekor Lotong Celak Se.. 19th May 2021, by Malaysia Animal Association
Hari ini hari malang untuk 20 ekor Lotong Celak sekeluarga yang merupakan Spesis Terancam Kepupusan (Red List IUCN) apabila ianya dibunuh secara tembak mati menggunakan peluru tabur.
Dakwaan penduduk Taman Raja Zainal, Port Dickson Negeri Sembilan. Kesemua bangkai Lotong Celak tersebut bergelimpangan mati pada jam 10.30 pagi tadi dalam satu operasi tembakan ganas tanpa belas kasihan.
Lebih dikesalkan pembunuhan didakwa berlaku di kawasan habitat iaitu hutan belakang taman berkenaan. Ia adalah ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Ini Semua Salah Anjing. Lampu Jalan Tak Menyala - .. 19th May 2021, by Malaysia Animal Association
INI SEMUA SALAH ANJING!
Lampu jalan tak menyala - tangkap anjing
Jalan tak rata - tangkap anjing
Lift Flat Awam Kerap Rosak - tangkap anjing
Parking kereta motor berselerak tepi jalan - tangkap anjing
Apa lagi masalah rakyat yang menjadi salah anjing? Sila sambung selebihnya!
P.B.T - Pasukan Bunuh Tembak
Hentikan keganasan terhadap anjing!
Solidariti buat kematian Anjing Xiao Bai Miri. Rujuk :
https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1 544271629113365/?d=n
"HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHA...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Masyarakat Miri Menangis. Kematian Anjing Xiao Bai.. 18th May 2021, by Malaysia Animal Association
Kehidupan seekor anjing Komuniti yang gembira dan bebas bersama masyarakat Miri berakhir dengan kematian menyayat hati. Anjing komuniti yang menjadi simbol kasih sayang seluruh masyarakat pencinta haiwan bandar Miri ini didakwa mati akibat ditembak Tranquilizer tanpa sebab oleh pihak Majlis Bandaraya Miri semalam.
Anjing Komuniti diberi nama Xiao Bai oleh masyarakat setempat adalah seekor anjing jinak dan manja. Selama ini Xiao Bai hidup gembira menerima jatah dan makanan oleh pemilik-pemilik ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Segala Perbuatan Serta Cubaan Menyakiti Tubuh Bada.. 18th May 2021, by Malaysia Animal Association
Segala perbuatan serta cubaan menyakiti tubuh badan dan perasaan haiwan merupakan satu perbuatan jenayah kezaliman haiwan. Jenayah kezaliman haiwan diklasifikasikan sebagai pembulian, herdikan, makian, pukulan, pembuangan, pembunuhan, pembantaian, meracun haiwan, pengabaian, tiada kesesuaian terhadap persekitaran dan pemberian makanan semasa pemeliharaan.
Jangan diamkan sekiranya anda tahu ia berlaku disekeliling anda. Laporkan kepada pihak berkuasa segera seperti Polis Diraja Malaysia, PERHIL...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Usaha Menyelesaikan Pembinaan Shelter Miar Perluka.. 17th May 2021, by Malaysia Animal Association
Usaha menyelesaikan pembinaan Shelter MIAR perlukan sokongan semua. Fasa akhir kini perlu disegerakan supaya keselesaan hampir 300 ekor anjing jalanan yang diselamatkan dapat tempat perindungan yang baik dan terjamin.
Shelter MIAR yang dibangunkan kini tinggal 30% baki kerja-kerja yang memerlukan biaya sebesar RM150,000.00.
Orang ramai dan seluruh masyarakat dirayu untuk memilih menghulurkan sumbangan sedikit seorang walau dengan jumlah RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM200 atau berapa saha...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Apa Pon Yang Terjadi. Haiwan Juga Mangsa Bernyawa .. 16th May 2021, by Malaysia Animal Association
Apa pon yang terjadi. Haiwan juga mangsa bernyawa yang tiada pilihan untuk hidup. Jika di Malaysia yang aman damai ini. Haiwan jalanan mati diperangi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan dasar pembunuhan secara besar-besaran melalui kaedah 'Put To Sleep'.
Di negara bergolak pula haiwan mati kerana kesan dan tempias serangan senjata seperti bom, kebuluran dan kecederaan.
Manusialah punca kepada kematian kebanyakan nyawa di dunia.
"HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN"
#dvs #perhilitan #pbt #animals #...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Lebaran Tiba Aidilfitri Dirai Bersama. Lengkaplah .. 12th May 2021, by Malaysia Animal Association
Lebaran tiba Aidilfitri dirai bersama
Lengkaplah sebulan kita berpuasa
Haiwan jalanan tidak dilupa
Makan dan minumnya tetap kita jaga
Didoakan semoga semua yang terlibat dalam membantu haiwan sentiasa dalam rahmat tuhan, keampunan, kebahagiaan dan dilimpahi rezeki serta kekuatan untuk terus berbakti kepada makhluk lemah bernama haiwan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir & batin atas segala kekhilafan dan kekurangan dalam dunia haiwan.
Dengan ingatan tulus ikhlas.
Daripada :
Presiden...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Najis Babi Cemari Sungai, Laut 10th May 2021, by Malaysia Animal Association
Jangan hanya anjing dan kucing jalanan diambil tindakan kerana kononnya mendatangkan kacau ganggu, kekotoran dan bahaya awam. Asalkan ada seekor dua kucing dan anjing jalanan maka kerja menangkap dan melupuskan nyawa mereka dilakukan cepat. Masalah penternak yang biadap dan tidak bertanggungjawab juga peru perhatian serius.
Heret penternak Babi yang mengundang kebahayaan kesihatan penduduk. Melepaskan najis kumbahan ke sungai memberi banyak mudarat. Antaranya Kesan penyakit berjangkit, sungai ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Niat Murni Mengusahakan Shelter Untuk Kucing Adala.. 10th May 2021, by Malaysia Animal Association
Niat murni mengusahakan shelter untuk kucing adalah satu sifat terpuji. Namun difahamkan sebuah shelter menempatkan kucing jalanan di Pinggiran Batu Caves, Selangor tidak menggambarkan sebagai pusat kurungan yang baik untuk kucing. Malah lebih daripada itu ia kelihatan amat tidak selesa dan tidak terurus.
Keadaan panas ketika siang dan kesejukan apabila malam. Bersesak dalam sangkar. Aspek kebersihan dan kepadatan sangkar dengan jumlah lambakan kucing antara faktor menyebabkan shelter yang ber...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kebulur Mengharapkan Berjumpa Makanan Berakhir Den.. 5th May 2021, by Malaysia Animal Association
Kebulur mengharapkan berjumpa makanan berakhir dengan kematian tragik. Dua gajah betina ditemui mati makan racun di kawasan sebuan kebun sayur berhampiran Empangan Kahang dan Hutan Simpan Kluang, Johor semalam.
Kedua-dua gajah ini dipercayai mati sejak lebih dua minggu lalu dan bangkai mereput ini ditemui orang ramai yang berada di kawasan tersebut.
Beberapa tahun kebelakangan ini haiwan liar kategori terancam dan dilindungi banyak mati akibat tersasar dari habitat. Kekurangan hutan yang menj...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Beruang Matahari Ditemui Mati Dilanggar 4th May 2021, by Malaysia Animal Association
Mati dilanggar ketika melintas jalan di Batu 23, Jalan Kuala Berang-Ajil, Terengganu. Kamatian ini menjdikan ia Beruang Matahari kedua menemui ajal dalam keadaan menyedihkan pada tahun 2021.
Pada 1 April 2021 lalu seekor Beruang Matahari mati dilanggar di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) juga berdekatan Ajil.
Ini membawa maksud bahawa hutan yang ada sudah berkurangan dan habitat haiwan liar makin mengecil akibat aktiviti pembalakan dan penebangan hutan tidak terkawal.
"HAIWAN KHAZANAH AMANAH...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Animal Malaysia Mendesak Pihak Berkuasa Mengambil .. 3rd May 2021, by Malaysia Animal Association
Animal Malaysia mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan serius dengan menyiasat secara terperinci, mencari bukti dan pelaku yang menyebabkan Seekor anjing parah dipakuk lalu mati bergelimpangan dalam keadaan ngeri dihadapan rumah seorang penduduk pagi tadi.
Perseteruan masyarakat denan anjing kini makin memuncak. Kejadian dilaporkan berlaku tadi antara jam 10.00 pagi dan 11.00 pagi di Taman Permai 2, Seremban residents, Negeri Sembilan.
Saksi telah membuat aduan kepada polis dan pihak Jabat...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Tidak Lama Lagi Hutan Hujan Khatulistiwa Hanya Tin.. 2nd May 2021, by Malaysia Animal Association
Tidak lama lagi Hutan Hujan Khatulistiwa hanya tinggal kenangan. Penghuni dunia terutama rakyat Malaysia hanya bakal mengabadikan dan menikmati keindahan isi alam hutan hujan serta haiwan liar di rumah hijau rekaan atau ruang pameran secara replika.
Rakyat pelbagai sektor bertungkus lumus mengadakan kempen kesedaran dan pameran kesedaran sayangi hutan dan khazanah alam termasuk hidupan liar. Tetapi kerajaan melalui jabatan tertentu dan kerajaan negeri sendirilah yang bertungkus lumus menggalakk...
Read Full Story | View Comments
|
 |
20 Kucing Bakal Berdepan Kematian Sekiranya Disera.. 30th Apr 2021, by Malaysia Animal Association
20 kucing bakal berdepan kematian sekiranya diserahkan kepada PBT kini memerlukan 20 orang untuk selamatkan mereka dengan mengadopt seorang seekor dengan kadar segera.
Pengurusan Sri Pelangi Condo Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur membuat keputusan untuk menjalankan kerja pembersihan kawasan kondo dalam pengurusan mereka. Justeru dianggarkan terdapat hampir 20 ekor kucing bermastautin di kawasan pentadbiran Sri Pelangi Condo tersebut.
Penanggungjawab yang menguruskan nasib kucing ini i...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Tahniah Koperal Noorrisham Dari Bsptd Batu Pahat -.. 29th Apr 2021, by Malaysia Animal Association
Tahniah Koperal Noorrisham dari BSPTD Batu Pahat - IPD Batu Pahat.
*KASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK TUHAN*
Pada 29/4/2021 jam 12.15 tengah hari semsa Kpl Noorrisham dari BSPTD Batu Pahat membuat ronda cegah kemalangan di Jalan Batu Pahat Muar dekat Kampong Sarang Buaya telah melihat satu kumpulan monyet melintas jalan.
Malangnya seekor dari anak monyet gagal melintas dengan selamat dan maut dilanggar oleh sebuah kereta.
Atas rasa prihatin dan prikemanusiaan Kpl Noorrisham telah berhenti dan men...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Malaysia Ada. Hari Tapir. Hari Harimau Malaya. Har.. 29th Apr 2021, by Malaysia Animal Association
Malaysia ada
Hari Tapir
Hari Harimau Malaya
Hari Gajah
Hari Seladang
Hari Ungka
Hari Badak
Hari-hari membalak
"HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN"
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan201 5 #aktapemulihara...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Wahai Pemilik Kucing. Tolong Mandulkan Kucing Anda.. 28th Apr 2021, by Malaysia Animal Association
Wahai pemilik kucing. Tolong mandulkan kucing anda supaya 'over population' tidak berlaku yang menyebabkan kebanyakkan nasib kehidupan kucing berakhir di jalanan akibat tidak mampu menjaganya lagi. Ambil iktibar dan pelajaran terhadap apa yang berlaku ini. 👇
Mass culling di Australia.
17 ekor kucing yang telah mati diracun digantung sebegini rupa di Wilayah selatan Australia
Beribu Sosej beracun dijatuhkan dari helicopter di majority kawasan disitu bertujuan untuk meracuni dan membunuh ku...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Page: 1 ... 47, 48, 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56 ... 94 [ Next ]
|