Malaysia Animal Association News & Blogs
Instantly update yourself on the latest animal welfare developments. Leading animal shelters and rescuers will share news and knowledge with you, consolidated through their blogs and social media pages.
Page: 1 ... 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44 ... 97 [ Next ]
Saranan Saudara Mohd Sayuti Abdul Kader Berkaitan .. 12th Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Saranan Saudara Mohd Sayuti Abdul Kader berkaitan zoo yang mempunyai masalah kewangan supaya menjadikan kucing jalanan sebagai sumber makanan harimau dilihat sebagai pandangan merosakkan.
Harimau kini tergolong dalam kategori hampir pupus. Disebabkan itu juga nilai harimau mencecah ratusan ribu ringgit apatah lagi terdapat permintaan pasaran luar bagi peminat eksotik. Oleh itu pengurusan dan kawalan konservasi harimau sama ada di zoo atau pusat konservasi harus berjalan dengan baik demi kelangs...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Di Galeri Animal Malaysia Masih Mempunyai 100 Ekor.. 10th Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Di Galeri Animal Malaysia masih mempunyai 100 ekor kucing pilihan yang boleh menjadi rakan, sahabat atau keluarga anda. Mereka semua kucing asal jalanan yang telah dilatih dari sudut pemakanan dan pembuangan najis di tempat yang sepatutnya supaya boleh menyesuaikan diri dalam lingkungan kediaman nanti.
Di Galeri Animal Malaysia hanya memperuntukkan kuota 30 ekor kucing serahan berpemilik dengan alasan serahan yang kuat. Manakala selebihnya 100 ekor adalah kucing yang yang telah sehat yang disel...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Bukan Sarung Sebarang Sarung. Sarung Datang Dari S.. 9th Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Bukan sarung sebarang sarung
Sarung datang dari seberang
Bukan burung sebarang burung
Siang tidor malam terebang....
Silakan sambung pantun empat kerat.
Di Galeri Animal Malaysia mempunyai kucing bernama Dato' Ac Mizal dan dengan mudah diadopt cepat oleh pengunjung. Membuktikan haiwan tetap punya peminat sendiri. Rujuk post :
https://www.facebook.com/105844651735555/posts/3 28289849491033/?d=n
Galeri Animal Malaysia terbuka kepada pengunjung untuk membuat adoption dan dibuka setiap hari dari ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Animalmalaysia On Tiktok 8th Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Harimau dilanggar sewaktu sedang melintas dipercayai berlaku di Kelantan. Kejadian dirakam oleh pemilik kenderaan melalui dashcam. Maklumat lain tidak diketahui.
Follow https://vt.tiktok.com/ZSRJFHVcY/?k=1 untuk video haiwan.
Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.
Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.
"HAIWAN K...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Terdapat Cadangan Supaya Galeri Animal Malaysia Ti.. 7th Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Terdapat cadangan supaya Galeri Animal Malaysia tidak lagi akan menerima pelawat harian. Hanya yang ada membuat appointment dan mendapat kelulusan sahaja akan diterima dan dibenarkan masuk. Appointment perlu dibuat 14 hari sebelum tarikh lawatan.
Cadangan ini mungkin berkuatkuasa selepas Program Adoption Percuma berakhir pada 17 Julai 2022.
Ada pandangan yang mahu diketengahkan?
Buat masa ini Galeri Animal Malaysia masih terbuka kepada pengunjung untuk membuat adoption dan dibuka setiap hari...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pengakuan Jualan Daging Anak Anjing Siap Goreng Ol.. 7th Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Pengakuan jualan daging anak anjing siap goreng oleh Saudara Jamal Hassan dengan harga RM22.00 sebungkus wajib disiasat pihak berkuasa haiwan di Sarawak.
Penjualan daging haiwan bukan bertujuan makanan atau tidak sesuai sebagai sumber bahan makanan wajar disekat untuk mengelakkan masalah penyakit zoonotik atau penyakit berjangkit lain akibat bawaan kuman atau virus.
Sejarah membukti pelbagai penyakit berjangkit wujud akibat pemakanan daging haiwan yang tidak sesuai dimakan manusia mahu pun l...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Anjing Ini Adalah Anjing Komuniti. Dia Tidak Mengg.. 5th Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Anjing ini adalah anjing komuniti. Dia tidak mengganggu orang ramai. Cuma kehadirannya di tempat golongan tidak suka anjing. Golongan yang meletakkan dalam pemikiran bahawa anjing sebagai ganas, anjing mengancam nyawa, anjing haram dan anjing membahayakan. Padahal anjing ini dari kecil hingga sebesar ini berada dalam komuniti dan kelompok yang sama di Lokasi PJS5/6 , Taman Desaria, Jalan Klang Lama, 46000, Selangor sehingga hari dia dibunuh secara tragis iaitu racun.
Hari ini anjing ini pergi m...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kucing Secantik Ini Juga Berakhir Dengan Kesedihan.. 5th Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Kucing secantik ini juga berakhir dengan kesedihan. Selepas dewasa. Tidak lagi kecil. Ia pon berakhir di shelter akibat serahan pemilik asalnya.
Bengal diberi nama Tun Abdul Taib bin Mahmud ini bernasib baik diserahkan ke Galeri Animal Malaysia untuk diuruskan supaya ada keluarga baharu mengadoptnya kerana pemilik asal sudah tiada keupayaan menguruskannya.
Galeri Animal Malaysia mengutamakan kucing sakit perlukan rawatan yang diselamatkan sendiri. Hanya sejumlah 30% kuota untuk penempatan kuc...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Satu Lagi Sesi Khidmat Sosial Oleh 15 Penuntut Ija.. 3rd Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Satu lagi sesi khidmat sosial oleh 15 penuntut Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia) Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) Puncak Alam berlangsung hari ini Ahad 03 Julai 2022 di Galeri Animal Malaysia
Pendedahan terhadap pengurusan haiwan adalah keutamaan supaya para peserta faham keperuan haiwan dari sudut pemakanan, penyelamatan, kebersihan dan kesihatan, dan kebajikan, perlindungan dan undang-undang haiwan.
Animal Malaysia tetap dengan dasar mengalu-alukan lebih ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Penyertaan Penuntut Institusi Pengajian Tinggi Sem.. 3rd Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Penyertaan penuntut institusi pengajian tinggi semakin meningkat. Kesedaran mengenai kebajikan dan hak haiwan juga dapat disampaikan dengan lebih mudah dan tersusun.
Seramai 18 orang penuntut Advance Diploma in Medical Ultrasonography dari Vision College Petaling Jaya Selangor berkampung di Galeri Animal Malaysia menjalankan tanggungjawab khidmat sosial dan sukarelawan.
Animal Malaysia merangka silibus awareness terhadap setiap kumpulan penuntut yang datang menjalankan kerja sukarelawan sepert...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Makanan Rasmi Kucing-Kucing Di Galeri Animal Malay.. 1st Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Makanan rasmi kucing-kucing di Galeri Animal Malaysia adalah Buttons and Bows Malaysia Super Premium. Terima kaseh kepada Saudara Dave Gill pemilik syarikat Gillchal Sdn Bhd yang juga pengedar dan pembekal tunggal jenama produk makanan kucing dari Amerika Syarikat tersebut yang telah menyerahkan sumbangan 180kg makanan untuk mengenyangkan kucing-kucing yang menghuni di Galeri Animal Malaysia.
Sumbangan ini sebagai satu inisiatif CSR Gillchal Sdn Bhd terhadap kerja kebajikan membantu kucing meme...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Ramai Memilih Kitten Atau Puppy Berbanding Kucing .. 1st Jul 2022, by Malaysia Animal Association
Ramai memilih kitten atau puppy berbanding kucing atau anjing berusia tanpa menyedari kebanyakan kucing atau anjing yang terbiar adalah bertaraf senior.
Mari bersama sahut saranan adoption yang masih berjalan secara percuma di Galeri Animal Malaysia. Terima kaseh pelajar Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) atas inisiatif bersama menyokong Program Adoption dan semoga lebih banyak kesedaran dapat diwujudkan supaya dasar satu rumah dua ekor kucing atau seekor anjing (untuk rumah landed) b...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Jenayah Ini Berlaku Di Tangga Kawasan Rumah Kedai .. 29th Jun 2022, by Malaysia Animal Association
Jenayah ini berlaku di tangga kawasan rumah kedai di Jalan Hilltop 5, Miri Sarawak. Semakin hari semakin memburuk jenayah pembuangan haiwan peliharaan. Sedangkan negara sudah lima tahun menguatkuasakan Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Ancaman hukuman denda maksimum RM100,000.00 dan penjara maksimum 3 tahun yang bakal dikenakan kepada penjenayah haiwan juga dilihat tidak memberi kesan didikan diakal dan hati calon penjenayah haiwan.
Tidak tahu di mana silapnya. Ia tidak mampu mengekal dan menurunka...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kebanyakan Kucing Jalanan Yang Berada Di Shelter-S.. 29th Jun 2022, by Malaysia Animal Association
Kebanyakan kucing jalanan yang berada di shelter-shelter adalah kucing senior. Begitu juga kucing yang menghuni di Galeri Animal Malaysia rata-rata adalah kucing berumur.
Ambillah mereka sebagai keluarga. Mereka perlukan perhatian, sentuhan dan kasih sayang sebagaimana diberikan pemiliknya kepada mereka dahulu. Namun kini mereka terbuang dan terbiar kehilangan kasih sayang.
Kembalikan kegembiraan mereka! Terima kasih pelajar Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) atas inisiatif Kempen Ad...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Kempen Adoption Dont Buy Dilancarkan Oleh Pelajar .. 28th Jun 2022, by Malaysia Animal Association
Kempen Adoption Dont Buy dilancarkan oleh pelajar dari Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) untuk menggalakkan aktiviti adoption di Galeri Animal Malaysia.
Program seumpama ini adalah sebagai satu kesedaran oleh golongan muda untuk generasi akan datang.
Terima kaseh kepada pelajar Universiti Teknologi Mara yang terlibat menjayakan Kempen Adopt Dont Shop yang akan berakhir hingga 14 Julai 2022 ini.
Adoption percuma kini dibuka di Galeri Animal Malaysia. Ia terbuka kepada pengunjung untuk...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Penjualan Kucing Di Pasar Terbuka Begini Bukanlah .. 27th Jun 2022, by Malaysia Animal Association
Penjualan kucing di pasar terbuka begini bukanlah satu aktiviti perniagaan yang sehat. Dikhuatiri peniaga bakal terdedah dengan kezaliman haiwan dari sudut kebajikan yang tidak terjaga sebaiknya.
Maklumat mengatakan aktiviti penjualan terbuka ini berlaku di Pasar Kubah Ria, Satok, Sarawak. Kucing berhimpit dan bersesak dalam satu sangkar dengan bahang panas tiada punca angin.
Animal Malaysia membantah sekeras-kerasnya kaedah penjualan kucing terbuka tanpa prosedur kebajikan yang sepatutnya se...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Video Pembuangan Kucing 2 Pembuangan Kucing Ini Pu.. 26th Jun 2022, by Malaysia Animal Association
Video pembuangan kucing 2 : Pembuangan kucing ini pula dimaklumkan berlaku juga di lokasi sama di Tanjung Piandang, Perak semalam 25 Jun 2022.
Ini membuktikan bahawa kesalahan membuang kucing yng merupakan satu jenayah berat haiwan dipandang ringan walau pun hukuman menanti penjenayah iaitu penjara minimum 1 tahun hingga maksimum 3 tahun dan denda minumum RM20,000.00 hingga maksimum RM100,000.00. Namun ia tidak memberi kesedaran apa-apa malah jenayah pembuangan kucing semakin menjadi-jadi.
Ker...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Video Pembuangan Kucing 1 Pembuangan Kucing Ini Di.. 26th Jun 2022, by Malaysia Animal Association
Video pembuangan kucing 1 : Pembuangan kucing ini dimaklumkan berlaku di Tanjung Piandang, Perak pada 18 Jun 2022 tempohari.
Pelbagai kesedaran telah dibuat terhadap pemilik kucing mengenai kesalahan membuang kucing merupakan satu jenayah berat haiwan yang membawa hukuman penjara minimum 1 tahun hingga maksimum 3 tahun dan denda minumum RM20,000.00 hingga maksimum RM100,000.00. Namun ia tidak memberi kesedaran apa-apa malah jenayah pembuangan kucing semakin menjadi-jadi.
Maka dengan itu sebaik...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Pemandulan Penting Dan Merupakan Satu Langkah Prev.. 25th Jun 2022, by Malaysia Animal Association
Pemandulan penting dan merupakan satu langkah preventive mengawal populasi. Sekali gus sebagai langkah pencegahan terhadap lambakan kucing jalanan dan peluang berlakunya kezaliman serta jenayah haiwan.
Galeri Animal Malaysia kini aktif menjalankan pemandulan. Bantuan orang ramai untuk kos pemandulan diperlukan. Sumbangan seorang sedikit mampu mempercepatkan hasrat menjayakan banyak sesi pemandulan.
Sumbangan seorang sedikit boleh disalurkan ke akaun pengurusan galeri :
Nama Akaun : MAA Animal...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Penyertaan Sukarelawan Yang Hadir Ke Galeri Animal.. 25th Jun 2022, by Malaysia Animal Association
Penyertaan sukarelawan yang hadir ke Galeri Animal Malaysia dari institusi pengajian tinggi semakin menggalakkan. Penuntut yang hadir bukan sahaja didedahkan cara pengurusan sangkar dan kucing tetapi paling penting adalah mendapat penerangan mengenai undang-undang haiwan, hak haiwan dan kaedah aduan, laporan jenayah haiwan dan memahami bidang kuasa kategori haiwan oleh setiap badan dan agensi berkaitan haiwan dalam satu siri penerangan dinamakan 'Animal Talk'.
Penerangan mengenai kesedaran dan ...
Read Full Story | View Comments
|
 |
Page: 1 ... 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44 ... 97 [ Next ]
|