Ibu Tamcik melahirkan 4 ekor anak dan salah satunya adalah Tamcik di rumah saya. Saya memeliharanya sementara mencari tuan baru untuk Tamcik. Tamcik seekor kucing yg sihat dan aktif. Dia pandai berdikari dan suka bermain, menangkap lipas, cicak dan sebagainya. Tamcik mencari seorang tuan yg boleh memeliharanya dengan baik dan memberikan tempat tinggal yg selesa serta makan yg mencukupi.