Air Adalah Asas Kehidupan. Air Adalah Penyokong Su..
Tweet |
Air adalah asas kehidupan. Air adalah penyokong sumber makanan. Air adalah segala-galanya. Namun air dan sumber air iaitu sungai, tasik dan tanah lembap masih kurang diberikan keutamaan kerana tanggapan sumber ini seolah-olah masih banyak.
Di WWF-Malaysia, kami bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuklah komuniti setempat untuk memulihara dan memelihara sumber air kita. Salah satu usaha yang dijalankan ialah memupuk kerjasama pelbagai pihak bagi memelihara kawasan lembangan sungai agar sungai dapat kekal menyokong kehidupan kita dan lain-lain kehidupan liar.
Tahukah anda Malaysia mempunyai 189 lembangan sungai. Di Sarawak, terdapat 22 lembangan sungai utama yang diiktiraf.
Sempena Hari Makanan Sedunia, marilah kita bersama-sama memulihara dan memelihara sumber air kita.
#ValuingWater #WaterIsFood #WaterIsLife #ClimateCrisis #ClimateAction #WorldFoodDay #HariMakananSedunia
#AirTawar #Makanan #wwfmy
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/7121827409521..
Tweet |
Facebook Comments