Ini Pula Nasib Anjing Gelandangan Di Negara Ini. S..
Tweet |
Ini pula nasib anjing gelandangan di negara ini. Setiap tahun laungan Hari Kebajikan Haiwan dengan megah dipromosikan. Penganjuran Hari Kebajikan Haiwan menelan belanja yang besar oleh sebuah jabatan yang menguruskannya. Atas jeritan kebajikan haiwan. Namun tiada satu dasar yang memihak kepada nasib anjing gelandangan ini.
Penganjuran Hari Kebajikan Haiwan tidak memberi manfaat kepada haiwan gelandangan. Konflik antara anjing dan kucing gelandangan dengan manusia tidak pernah selesai. Malah yang nasib baik tidak pernah memihak kepada haiwan gelandangan.
Penganjur dapat nama dan pujian atas penganjuran. Vendor dan pembekal buat duit atas perbelanjaan penganjuran. Menteri datang rasmi potong reben dan beri ucapan berdegar-degar atas pentas. Tapi apa yang anjing gelandangan ini dapat? Tak ada apa-apa melainkan sebuah kematian demi kematian buat mereka.
Lembaga Kebajikan Haiwan pula dipimpin oleh beberapa individu berkepentingan dalam perniagaan berasaskan keuntungan. Namun satu perubahan pon gagal dilakukan dalam usaha mengubah nasib anjing gelandangan. Jangankan jaminan makanan, tempat tidur selesa. Kecurangan kakitangan PBT mengendali anjing dan kucing gelandangan hingga menzalimi haiwan pon tidak dapat ditegur. Malah nyawa anjing gelandangan diragut dengan rakus atas alasan kacau ganggu.
Hentikan pembulian anjing gelandangan. Segera ubah hala tuju hidup mereka.
Apalah erti HARI KEBAJIKAN HAIWAN dan apalah erti LEMBAGA KEBAJIKAN HAIWAN?
KAMI BOIKOT DAN TAK MAHU HADIR HARI KEBAJIKAN HAIWAN 2019!
#dogs #stray #animals #straydog #strayanimals #saveourstray #saveouranimals #domesticanimals #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments