Enam Anjing Mati Akibat Diracun
Tweet |
PBT kata takut untuk ambil tindakan apabila ada aduan anjing jalanan. Kerana aktivis haiwan akan bising. Wakil rakyat pula senyap seribu bahasa seolah-olah buntu. Sedangkan Animal Malaysia telah beberapa kali bersuara kaedah pengurusan haiwan secara holistik dan pragmatik. Tetap saja kaedah kuno, barbaric dan zalim diamalkan.
Jika tangkapan anjing jalanan dilakukan secara humane. Selepas tangkapan lakukan pemandulan dan ditempatkan satu kawasan yang ada kawalan. Penangkapan ada kebajikan dan keadilan untuk kehidupan sang anjing. Mengapa PBT perlu takut untuk ambil tindakan menangkap anjing jalanan yang dikatakan mengganggu?
Masyarakat bertanya mengapa Persatuan Haiwan Malaysia bising bila anjing ditangkap? Perlu dijelaskan bahawa ini adalah persatuan berkaitan haiwan, perjuangkan hak haiwan, suarakan kehendak haiwan. Sudah tentu apa yang disuarakan adalah berkaitan keperluan memberi kehidupan untuk haiwan.
Animal Malaysia adalah suara untuk makhluk tidak mampu bersuara. Seharusnya setelah lebih 62 tahun negara merdeka. Pengurusan kebajikan haiwan lebih perkasa demi memelihara kebajikan nyawa haiwan. Bukan kembali seperti perang dunia pertama yang kaedahnya adalah bunuh untuk menyelesaikan masalah.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Y.B Zuraida Kamarudin telah banyak kali diberi saranan dan solution oleh persatuan. Namun senyap. Semua ADUN juga senyap. Jadi untuk apa wakil rakyat dilantik jika bukan selesaikan masalah dan konflik manusia – haiwan?
PBT perlu berubah!
#strayanimals #straydog #straycat #saveourstray #saveouranimals #animals #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation
https://bit.ly/2CFp5dv
PERSATUAN Haiwan Malaysia (MAA) kesal dengan perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kematian enam anjing jalanan dipercayai akibat diracun di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.
Source: https://bit.ly/2CFp5dv
Tweet |
Facebook Comments