Go

Orang Ramai Di Negara Ini Diminta Menghentikan Sik..

 



Orang ramai di negara ini diminta menghentikan sikap dan perbuatan mempersendakan dan menjadikan insiden buaya terlekat tayar sebagai bahan lawak dan jenaka di komen-komen Facebook bermula semalam. Ianya bukan bahan lawak tetapi lebih menjurus hal kemanusiaan dan kebajikan haiwan. Ia juga menggambarkan bagaimana sensitif dan pekanya kita terhadap nasib malang yang sering menimpa haiwan di dunia ini.

Langkah kerajaan Indonesia menyeru bantuan pihak yang mahir mengendalikan kerja menyelamat buaya amat dipuji. Kerajaan Malaysia melalui PERHILITAN yang punya kepakaran menguruskan hidupan liar diseru untuk tawarkan bantuan kepada Kerajaan Indonesia sekaligus mengukir hubungan baik dua hala antara negara dan mencipta kegemilangan dan mempamerkan kepakaran negara kepada dunia luar.

Dipercayai tayar yang melekat di badan buaya telah lama berlaku bermula usia buaya remaja dan hingga membesar seperti dilihat sekarang. Keadaan buaya yang tercungap-cungap dan terbaring di pinggir perariran menunjukkan reaksi dan tanda bahawa buaya malang ini memohon bantuan untuk melepaskan kesengsaraan yang tidam tertanggung lagi olehnya.

Buaya di kesan mula berada di perairan Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia yang meminta pertolongan ini menggambarkan bahawa alam sekitar dunia makin tenat dengan pencemaran dan bahan terbuang yang mengancam nyawa bukan sahaja hidupan liar tetapi manusia sendiri sebenarnya.

#wild #wildlife #animals #wildanimals #saveourwildlife #saveouraniamals #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2162615462066..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.