Go

Animal Malaysia Menerima Aduan Sedih Berkenaan See..

 



Animal Malaysia menerima aduan sedih berkenaan seekor lembu betina yang tersadai hampir tiga minggu di belakang Petronas Changlun Kedah.

Lembu ini bersedirian tanpa makanan dan minuman terkandas akibat patah kaki. Manakala keadaan sekeliling amat tandus akibat ketiadaan sumber rumput menyebabkan ibu Lembu yang menyusukan anak tiga ekor semakin mengurus.

Saksi kini menyediakan makanan dan minuman dan pemilik kepada lembu tidak dapat dijejaki.

Satu panggilan ke pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kubang Pasu di Jitra Kedah (049171219) telah dibuat. Namun pegawai yang menjawab panggilan telefon pengadu memberitahu bahawa hanya pemilik lembu sahaja berhak membuat laporan dan aduan.

Menurut pengadu, sejak dari awal pemilik kepada lembu dan anak-anak lembu ini gagal dijejaki. Manakala DVS Daerah Jitra Kedah dilaporkan tidak dapat membantu. Sesiapa mengenali pemilik lembu ini diminta tampil untuk memudahkan Animal Malaysia panjangkan aduan pengabaian haiwan ternakan dan pemilik yang cuai dan culas boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sesiapa berdekatan Jitra, Chanlun dan Kubang Pasu di Kedah boleh bersama membantu lembu dan anak-anak lembu yang dilihat semakin kurus dan lemah.

Hubungi Saksi bernama Padhma di talian 0126050911 sekiranya berminat untuk relokasi lembu. Rujuk juga permit memindahkan haiwan ternakan ini dengan DVS Daerah Kubang Pasu di Jitra Kedah di talian 049171219 jika ada keperluan permit.

#cow #animals #animalcrop #crop #saveouranimals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/5392877533542..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.