Go

Selesai Penilaian Terakhir Bersama Pegawai Penilai..

 




Selesai penilaian terakhir bersama Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Penilai Luaran (PPL) untuk mengiktiraf jurulatih-jurulatih Akademi Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Academy daripada pelbagai bidang yang telah dianugerah sebagai Certified Trainer daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Secara rasminya Akademi Haiwan Malaysia merupakan Pusat Latihan Pendidikan dan Kemahiran pertama negara ini berdaftar seperti berikut :

1. Penyedia Latihan Berdaftar (Registered Training Provider) HRDC

2. Agensi Latihan Kemahiran berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

3. Berlesen sebagai Pusat Latihan Kemahiran dengan Pihak Berkuasa Tempatan – DBKL

4. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam bidang Pusat Latihan, Pensijilan dan Pengiktirafan Ujian, Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator, Kit Pendidikan serta Bahan Pendidikan.

Beberapa kursus persijilan Akademi Haiwan Malaysia telah mendapat kelulusan dan mempunyai kualiti competency antaranya :

Kursus Haiwan :

👉 Sijil Pengenalan Undang-Undang Haiwan Malaysia

👉 Sijil Pematuhan Keselamatan Operasi & Perlindungan Haiwan

👉 Sijil Penguatkuasaan Undang-Undang & Penyiasatan Haiwan

👉 Sijil Tatacara Pengurusan Haiwan Terbiar

👉 Sijil Pengurusan Shelter & Penyelamatan Haiwan

👉 Sijil Pengendalian Kuda

👉 Sijil Dandanan Kucing

👉 Sijil Pengendalian Anjing – K9

👉 Sijil Pengendalian Burung

Kursus Rekreasi :

👉 Sijil Seni Bela Diri

👉 Sijil Memanah

Kursus Motivasi :

👉 Kursus Team Building

Selepas ini akan lebih banyak lagi kursus persijilan yang sedang dirangka dan menunggu kelulusan disediakan buat kakitangan Badan Penguatkuasaan Undang-Undang & Penyiasatan Haiwan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Pengurusan Bersama (JMB), Pengusaha Ladang Haiwan Ternakan, Pengusaha Kedai Haiwan Peliharaan dan Pemain Industri Haiwan Peliharaan, Haiwan Liar dan Haiwan Ternakan.

Matlamat Persatuan Haiwan Malaysia adalah menjadikan Akademi Haiwan Malaysia sebagai pusat latihan pendidikan dan kemahiran haiwan yang terunggul di negara ini demi melahirkan masyarakat berpendidikan dan berpengetahuan tentang haiwan, hak, undang-undang haiwan dan kebajikan haiwan.

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/4651633929309..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.