Go

Presiden Arie Dwi Andika Mewakili Persatuan Haiwan..

 




Presiden Arie Dwi Andika mewakili Persatuan Haiwan Malaysia dijemput terlibat dalam Perbincangan Kumpulan Sasar Bajet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2025 bersama Pemegang Taruh yang telah diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites Seksyen 14 Shah Alam, Selangor. Perbincangan diadakan bertujuan untuk mengumpulkan idea, cadangan dan pandangan yang bernas serta memberi ruang kepada pemegang taruh untuk memberi input dalam penyediaan bajet MBSA 2025.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam. Sementara, taklimat ‘Economic Outlook 2025’ telah diberikan oleh YBrs Dr. Mohd Afzanizam bin Abdul Rashid, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad. Diakhir perbincangan YBrs. Puan Asmah Binti Mohd Zin, Timbalan Setiausaha Pengurusan telah membuat ucapan penangguhan.

Turut hadir YAD. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling, YDH. ACP Tuan Haji Mohd Iqbal bin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Shah Alam; YM. Tengku Ahmad bin Tengku Kasim, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam; YBrs. Tuan Haji Madiyan bin Haji Baweh, Pemangku Timbalan Datuk Bandar; Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam; YBrs. Tuan Haji Affandi bin Haji Jaafar, Pengarah Kewangan

serta Pengurusan Tertinggi MBSA.

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/4630687498070..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.