Go

Pemilik Anjing Biadab Dan Tidak Berdisiplin Punca Masyarakat Benci Anjing.

 



Pemilik beginilah antara punca mengapa anjing sering jadi mangsa diskriminasi dan penolakan masyarakat. Anjing dianggap ganas dan haiwan yang mencederakan.

Sikap pemilik yang sengaja membiarkan anjing menjadi ganas dan mengajar anjing bersikap brutal akan memberi kesan kepada nasib anjing-anjing di luar sana.

Pemilik harus mendidik anjing peliharaan lebih berdisiplin dan melalui latihan ‘Good Canine Citizen’ supaya dapat mengurangkan ancaman dan pandangan negatif masyarakat terhadap anjing.

Pemilik anjing ini dilaporkan rakyat tempatan dan kejadian pemilik mengajar anjing menyerang dan cederakan kucing berlaku di Bayan, Sibu Sarawak.

Pihak Berkuasa Tempatan dan Veterinar negeri Sarawak diminta memandang serius pemilik anjing tidak beretika ini dengan menguatkuasakan undang-undang pemilikan anjing supaya dapat melindungi anjing daripada menjadi mangsa kebencian masyarakat. Pemilik begini perlu diambil tindakan tegas dengan melarangnya memiliki anjing.

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation


Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/143445885743..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.