Jom Sertai Kami Untuk Sambutan Hari Hidupan Liar S..
Tweet |
🎉 Jom sertai kami untuk sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia, anjuran bersama Sarawak Forestry Corporation dan WWF-Malaysia, di Tapak Pantai Belawai, Sarawak 🍃🐬
Tahukah anda, manusia bergantung kepada sumber alam sekitar untuk makanan, bahan bakar, ubat-ubatan, dan tempat tinggal. Betul tak? Untuk menikmati manfaat dan keindahan alam, setiap orang perlu berganding bahu untuk memastikan kelestarian tumbuhan dan hidupan liar untuk generasi yang akan datang. 🙌🏻
Tahun ini, mari kita meraikan hubungan kita dengan alam sekitar. 🌳 Masyarakat tempatan di Delta Rajang-Belawai-Paloh bergantung kepada hutan paya bakau untuk kehidupan seharian. Kawasan bakau ini bukan sahaja tempat tinggal bagi manusia, tetapi juga penting bagi hidupan liar terancam seperti lumba-lumba Irrawaddy, monyet Belanda, dan burung migrasi. 🐒🐬🐦
#WWD2024 #ConnectingPeopleAndPlanet #Sarawak #Borneo #RajangBelawaiPaloh
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/7963365092034..
Tweet |
Facebook Comments