Go

Ancaman Anjing Liar

 



Fitrah anjing jalanan suka mengacau dan bergurau. Namun masyarakat yang tidak mengerti karakter anjing akan panik dan berasa terancam.

Peninggalan anjing peliharaan tanpa pemandulan oleh ladang, kawasan industri dan kilang serta tapak pembinaan turut memberi kesan masalah lambakan anjing di jalanan yang tidak terkawal. Anjing dibiarkan bertebaran tanpa arah selepas khidmat anjing-anjing tidak lagi diperlukan.

Satu tindakan dan langkah drastik perlu diambil dengan menguatkuasakan undang-undang yang ketat pelesenan dan syarat pemandulan memelihara anjing terhadap pemilik ladang, perindustrian dan tapan pembinaan yang memelihara anjijg secara jangka pendek.

Anjing perlu diuruskan dengan cermat dan berperikemanusiaan selepas khidmat mereka tidak lagi diperlukan demi kebaikan kebajikan anjing sebagai haiwan peneman.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia perlu proaktif mendokong undang-undang haiwan demi kebajikan untuk haiwan dan keadilan untuk manusia.

Lokasi : Pekan Kayu Ara, Pasong Pontian Johor.

Video : sinar_my

#anjing #dogs #animalwelfare #animalrights #animaljustice #animallaw #animalcrime #animallawenforcement #animalinvestigation


Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/330620899762..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.