Go

Kes Langgar Lembu : Mangsa Teraniaya, Pemilik Lembu Bebas Tanpa Tindakan

 



Kes langgar lembu berkeliaran lebih bahaya daripada isu anjing terbiar.

Kemalangan melibatkan lembu adalah masalah yang tidak pernah selesai. Ada yang kerugian harga benda dan ada yang kehilangan nyawa. Mangsa tetap tidak dapat pembelaan manakala pemilik lembu hilang tanpa dapat dikesan.

Masalah ini kian meruncing dan banyak kehilangan nyawa tanpa dapat dituntut di pengadilan. Semua pihak lepas tangan sama ada prmilik lembu yang gagal dikesan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia yang tidak mampu berbuat apa-apa hinggalah Pihak Berkuasa Tempatan yang turut tidak mampu mengawal kacau ganggu paling bahaya ini. Akibatnya nyawa melayang begitu sahaja tanpa ada pertanggungjawaban pihak diberi kuasa dan amanah oleh rakyat.

Untuk apa wujud lagi segala undang-undang PBT dan undang-undang haiwan jika penguatkuasaan dan penyiasatan lemah dalam memastikan kepentingan keselamatan rakyat terpelihara?

Satu anjakan paradigma perlu dilakukan segera dalam menangani hal masalah pengurusan haiwan ternakan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Jangan hasil dimakan. Nyawa orang lain dikorbankan. Kepada pemilik jadilah pemilk yang bertanggungjawab. Kepada DVS wujudkan satu sistem kawalan dan pengesanan terhadap haiwan ternakan. Kepada PBT pindalah undang-undang lapok berkaitan haiwan berkeliaran supaya lebih tegas dan kuatkuasakanlah undang-undang yang diperuntukkan. Ini berkait soal keselamatan rakyat yang menghsrapkan perkhidmatan terbaik daripada jabatan dan agensi kerajaan yang diamanahkan.

Kenyataan Media

Arie Dwi Andika

1. Presiden Persatuan Haiwan Malaysia

2. Penganalisis Jenayah Haiwan Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct

3. Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang & Penyiasatan Malaysia

3 Disember 2023 @ Kuala Lumpur

#animallaw #animalcrime #animalrights #animallawenforcement #animaljustice #animalforensic #animalinvestigation #animaleducation #animalact #animals #strayanimal #husbandary #pets #companionanimal #cropproduction #wildlife


Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/811877680703..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.