Go

Persatuan Haiwan Malaysia Mohon Masyarakat Bantu J..

 




Persatuan Haiwan Malaysia mohon masyarakat bantu jejak penjenayah yang membunuh lebih 15 ekor anak kucing secara direndam hingga mati di Pasar Borong Jerantut Pahang.

Kejadian disedari semalam 29 November 2023 oleh seorang pengadu yang merupakan penduduk berdekatan di Jerantut dan diserahkan kepada Persatuan Haiwan Malaysia kira-kira jam 8.00 malam.

Tawaran ganjaran sebanyak RM5,000.00 kepada sesiapa sahaja yang berjaya merungkai kezaliman pembunuhan dahsyat terhadap 15 anak kucing malang ini bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang.

Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga menemui kematian ini boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749

Persatuan Haiwan Malaysia memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat ini supaya dapat diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya.

___________________________________________________

Kucing-kucing di Galeri Animal Malaysia diberikan yang terbaik oleh rakan CSR kami👇:

🐈 Makanan kucing Super Premium Buttons and Bows Malaysia

➡️ https://shopee.com.my/buttonsandbowsmalaysia

🐈 Pasir Tofu berkualiti Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa

➡️ https://shopee.com.my/izzlisha_majesty

🐈 Spray Pembersihan mesra haiwan Anymallab

➡️ https://shopee.com.my/anymallab

➡️ www.anymal.my

🐈 Bersama bantu kos operasi & perubatan Galeri Animal Malaysia :

➡️ https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia

➡️ sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )

✅ Waktu melawat : Isnin – Sabtu 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

✅ Adoption dibuka kepada yang layak. Lokasi sila Google nama Galeri Animal Malaysia.

✅ Dafar Sijil Haiwan di www.animalmalaysia.com

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/3269853467487..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.