Go

Sesi Kedua Ceramah Berkenaan Teknik Penyiasatan Da..

 




Sesi kedua ceramah berkenaan Teknik Penyiasatan dan Elemen Penguatkuasaan Undang-Undang Haiwan kepada lebih 70 Penuntut Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan University Of Geomatika Malaysia dari pelbagai semester disampai hari ini oleh Saudara Arie Dwi Andika selaku Penasihat Industri Faculty of Multimedia, Enforcement and Computing (FAMEC).

Pendedahan kepada generasi muda mengenai Etika Penyiasatan dan Etika Penguatkuasaan Undang-Undang Haiwan amat penting untuk memastikan kualiti Sistem Keadilan Jenayah Haiwan di negara ini dapat dipertingkatkan apabila kerjaya pegawai penguatkuasaan dan penyiasatan jenayah haiwan didominasi oleh golongan pakar dan profesional dalam bidang disiplin ilmu spesifik Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan kelak.

Animal Malaysia tegas dengan pendirian amat serius terhadap perkembangan kemajuan ilmu Law Enforcement and Investigation dan merupakan satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan haiwan yang pertama dalam negara ini yang mengambil serius memperkasakan Undang-Undang Haiwan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan Haiwan. Ianya akan terus diperluaskan ke semua universiti di Malaysia sebagai persediaan melahirkan generasi perihatin nasib haiwan di negara ini.

___________________________________________________

Kucing-kucing di Galeri Animal Malaysia diberikan yang terbaik oleh rakan CSR kami👇:

🐈 Makanan kucing Super Premium Buttons and Bows Malaysia

➡️ https://shopee.com.my/buttonsandbowsmalaysia

🐈 Pasir Tofu berkualiti Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa

➡️ https://shopee.com.my/izzlisha_majesty

🐈 Spray Pembersihan mesra haiwan Anymal Lab

➡️ https://shopee.com.my/anymallab

➡️ www.anymal.my

🐈 Bersama bantu kos operasi & perubatan Galeri Animal Malaysia :

➡️ https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia

➡️ sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )

✅ Waktu melawat : Isnin – Sabtu 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

✅ Adoption dibuka kepada yang layak. Lokasi sila Google nama Galeri Animal Malaysia.

✅ Dafar Sijil Haiwan di www.animalmalaysia.com

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/3070638954075..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.