Kembali Semula Untuk Hari Kedua Program Jowsetiuwe..
Tweet |
Kembali semula untuk ✨Hari Kedua✨ program #JoWSetiuWetlands2023 bersama-sama #WaterHeroes yang bersemangat waja! 💯🔥
Perjalanan Water Heroes pada hari yang indah ini diteruskan ke lokasi yang lebih mencabar iaitu di Lata Changkah di hulu Sungai Setiu, di mana mereka meredah denai hutan dan menjalankan aktiviti di sungai. Para peserta didedahkan kepada kaedah pemantauan kualiti air dan pengukuran aliran sungai secara praktikal yang memberi mereka pengalaman menjadi citizen scientist. Pembelajaran penting yang telah mereka perolehi adalah pemahaman mengenai kepentingan mengekalkan kesihatan sungai dari hulu sehingga ke hilir atau muara, agar fungsi dan perkhidmatan ekosistem sungai terpelihara.
Di sebelah petang, para peserta melawat fasiliti pintu kawalan air, Ibu Bekalan Air Sungai Setiu di Kampung Buluh Hilir dan kemudiannya diberi penerangan di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Setiu. Di sini, mereka diberi pendedahan mengenai fungsi dan peranan fasiliti tersebut, iaitu untuk pengurusan saliran sungai bagi tujuan pengairan kawasan pertanian selain sebagai struktur tebatan banjir.
Air adalah asas untuk kehidupan dan kesejahteraan semua makhluk di planet ini. Marilah sama-sama cakna tentang dari mana datangnya sumber air kita dan peranan kita demi menjaga kelestariannya.
#JourneyofWater2023 #JoWSetiuWetlands2023 #ValuingRivers #ValuingWetlands #WaterHeroes #WWFMY #LAUT
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/7135649041472..
Tweet |
Facebook Comments