Sambutan Hari Sungai Sedunia Di Setiu, Terengganu ..
Tweet |
Sambutan Hari Sungai Sedunia di Setiu, Terengganu pada 24 September 2023 dimeriahkan dengan penganjuran karnival mini ‘Setiu Cakna Alam Sekitar’. Bersempena dengan karnival ini, lanjutan kerjasama antara WWF-Malaysia dan CIMB Islamic Bank di bawah projek ‘Healthy Wetlands for People and Nature’ telah dimeterai.
Projek ini dibiayai melalui sokongan dana daripada CIMB Islamic Bank sejak tahun 2019 yang berjumlah RM3 juta sehingga kini.
Dengan tema ‘Sayangi Daerah Kita,’ matlamat program separuh hari ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemulihaaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat setempat.
Seramai 60 pelajar sekolah rendah dan pra-sekolah di sekitar Setiu telah menyertai penyemaian anak-anak pokok merambong, pertandingan mewarna lukisan tuntung laut dari koleksi buku mewarna ihsan oleh Turtle Conservation Society of Malaysia dan sesi perkongsian oleh Pusat Sains & Kreativiti Terengganu.
Selain itu, komuniti setempat juga berpeluang terlibat dalam aktiviti ‘Jana duit dari sisa’ dengan menjual sisa pepejal, sisa elektronik dan minyak masak terpakai untuk dikitar semula.
Perhargaan tidak terhingga diucapkan kepada CIMB Islamic Bank atas keprihatinan dan sokongan berterusan dalam usaha pemuliharaan alam sekitar bersama WWF-Malaysia.
Terus berhubung di semua platform media sosial kami untuk mendapatkan informasi terkini tentang kerja konservasi kami di Terengganu dan seluruh Malaysia.🌿🌍
#HariSungaiSedunia #WorldRiversDay #SetiuCaknaAlamSekitar #CommunityEngagement #SetiuWetlands
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/6991130755924..
Tweet |
Facebook Comments