Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika Bersama A..
Tweet | ![]() |
Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika bersama Abang Kucing membuat lawatan ke Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS). Jabatan ini diketuai oleh Encik Zaharinan Abd Aziz. Seorang lulusan undang – undang dan sudah 31 tahun mencurah bakti sebagai Penguatkuasa di JPV.
Dalam perjumpaan selama hampir 2 jam beliau memaklumkan Kekuatan Penguatkuasa DVS di seluruh Negara adalah kurang 300 orang untuk cover seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Selain menguatkuasa Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), Penguatkuasa DVS juga menguatkuasa beberapa akta lain antaranya :
1. Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013)
2. Akta Makanan Haiwan 2009
3. Akta Rumah Sembelihan Penswastaan 1993
4. Enakmen Negeri berkaitan Penternakan, Unggas & Babi
Tuntutan besar seluruh Negara terhadap Kebajikan Haiwan membuatkan Penguatkuasa DVS terpaksa bertugas stand by pada hari cuti Sabtu & Ahad serta hari Jumaat & Sabtu untuk negeri Kedah, Kelantan, Johor & Terengganu.
Oleh yang yang demikian, masyarakat digesa memberi sokongan kepada mereka dengan menyalurkan info-info berkualiti sewaktu membuat aduan kezaliman haiwan. Aduan yang tidak tepat, salah fakta dan tidak punya locus menyebabkan satu-satu kes tidak dapat berjalan dengan baik atau gagal didakwa.
Kelewatan Penguatkuasa DVS bertindak sebahagian besar nya adalah disebabkan Masyarakat menyalurkan info-info tidak berkualiti.
Sikap ini menjadikan Penguatkuasa DVS burok di mata masyarakat dan ini sangat tidak adil pada mereka.
Masyarakat juga harus tahu, terdapat Penguatkuasa DVS terlibat dalam kemalangan jalan raya untuk memuaskan hati kita semua. Dan kisah ini tidak di berikan liputan, sokongan serta publisiti.
Foto dari Kiri : Abang Kucing, Pengarah Penguatkuasaan Ibu Pejabat DVS En. Zaharinan Abd Aziz dan Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments