Biawak Yang Terperangkap Tin Di Kepala Perlukan Ba..
Tweet |
Biawak yang terperangkap tin di kepala perlukan bantuan manusia untuk mengeluarkan tin tersebut. Kegagalan biawak melepaskan diri dari perangkap tin ini akan mengundang sengsara jangka panjang sebelum kematian.
Walau ianya seekor biawak yang sering dianggap tidak berguna. Namun biawak juga adalah makhluk bernyawa dan merasa sakit dan takut. Orang ramai disaran tidak menyakiti biawak jika terserempak dalam keadaan tidak memudaratkan.
Biawak diketegorikan sebagai haiwan liar dan dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Menganiaya, menyakiti, membunuh atau menangkap biawak tanpa alasan kukuh dan tiada lesen merupakan kesalahan jenayah haiwan liar.
Jika gagal bantu biawak seperti ini. Libatkan penguatkuasa penyelamat seperti bomba atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Mereka miliki kepakaran menyelamat atau menangkap hidupan liar seperti biawak ini.
#perhilitan #biawak #wild #wildlife #wildanimals #animals #malaysiaanimals #saveourwildlife #saveouranimals #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/6454240795438..
Tweet |
Facebook Comments