Go

8 Ekor Kucing Dan 2 Ekor Anjing Menjadikan 10 Ekor..

 




8 ekor kucing dan 2 ekor anjing menjadikan 10 ekor kesemua stray mati bergelimpangan akibat diracun oleh seorang penduduk dalam tempoh sebulan.

Kejadian disyaki dilakukan oleh individu lelaki Iban juga merupakan seorang penduduk di Desa Indah 3, Bandar Baru Permyjaya, Miri Sarawak.

Adalah menjadi kesalahan membunuh haiwan seperti kucing dan anjing dengan cara meracun kejam. Penggunaan racun tikus secara terbuka diletakkan di tempat awam apatah lagi di kawasan kanak-kanak bermain dikhuatiri mengundang bahaya lain dan boleh mengakibatkan kematian kepada kanak-kanak juga jika menyentuh racun yang dicampur nasi dan selepas itu menghisap jari atau menjilat tsngannya. Jika cukup bukti seperti visual gambar dan video kerja meracun yang dilakukan. Pelaku berdepan tindakan undang-undang.

Animal Malaysia mengingatkan pelaku lelaki Iban yang meracun kucing dan anjing di Desa Indah 3, Taman Baru Permyjaya, Miri Sarawak supaya hentikan perbuatan zalim, barbaric dan tidak bertamadun ini sebelum anak atau saudara sendiri jadi mangsa perbuatan kejam meracun.

Antara jenis racun tikus sangat merbahaya yang digunakan oleh pembunuh haiwan jalanan adalah jenis Warfarin, Brodifacoum, Bromadiolone, Calcium Cyanide, Chlorophacinone, Doumatetralyl, Flocoumafen, Zinc Phosphide dan Brodifacoum. Ini kerana bahan toksik yang mampu bunuh manusia apatah lagi haiwan adalah sangat beracun dan mampu membunuh dalam tempoh singkat.

Penjualan beberapa jenis racun tikus yang amat toksik harus diharamkan di kedai-kedai secara terbuka kerana kandungan merbahaya seperti Arsenik, Fosforus, Talium, Flourida, Sianida dan Strichnin.

#stray #strayanimals #cruelty #animalcruelty #saveouranimals #animalmalaysia #saveourstray #malaysiaanimals #stopanimalcruelty #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.