Insiden Anjing Berpemilik Serang Orang Awam. Mangs..
Tweet | ![]() |
Insiden anjing berpemilik serang orang awam.
Mangsa yang mendakwa diserang anjing berpemilik jangan berlengah untuk buat laporan polis. Selesai laporan terus ke hospital untuk mintak doktor keluarkan laporan perubatan.
Selesai dua perkara ini. Mangsa serangan anjing berpemilik ada ‘Locus Standi’ Jenayah pada Pemilik Anjing seperti berikut :
1. Seksyen 289 Kanun Keseksaan
2. Undang-undang Kecil Perlesenan Anjing
3. Seksyen 33 Akta Kebajikan Haiwan 2015
Setelah undang-undang jenayah disabitkan. Mangsa digalakkan lantik peguam untuk tuntutan ganti rugi sivil (Saman).
Perlu diingatkan anjing berpemilik yang berlesen perlu berada dalam kompaun premis berpagar rumah pemilik. Pemilik tidak boleh melepaskan anjing tanpa kawalan dan jagaan.
Jikalau pemilik anjing ingin menyelesaikan secara bertanggungjawab. Animal Malaysia menawarkan khidmat rundingan nasihat.
Jika mangsa rasa dianiaya tanpa pembelaan. Mangsa boleh hubungi Whatsap Hotline Animal Malaysia +601120901097 untuk khidmat nasihat.
#dogs #animallaw #animaladvocacy #advocacy #animals #saveouranimals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments