Go

Mangsa Ke-6 Pembunuhan Racun Anjing Bandar Tasik P..

 




MANGSA KE-6 PEMBUNUHAN RACUN ANJING BANDAR TASIK PUTERI RAWANG SELANGOR DITEMUI HARI INI

Ini adalah anjing ke-6 mangsa bunuh secara meracun di Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor yang ditemui hari ini.

Untuk rekod. Dua minggu sebelum insiden pembunuhan kejam anjing Rawang ini. Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika telah adakan pertemuan dengan ADUN Rawang Y.B Chua Wei Kiat mengutarakan permasalahan anjing stray dan cara pengurusan anjing stray.

Namun amat menyedihkan apabila tindakan gelojoh penzalim dan pembunuh anjing Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor melangkaui undang-undang dengan mengambil tindakan bersendiri tanpa melalui PBT.

Isu ini bukan kecil. Isu ini adalah isu kemanusiaan, keselamatan dan kebajikan dua-dua pihak antara penduduk dan anjing. Seharusnya ADUN dan PBT ambil langkah segera, profesional dan berperikemanusiaan terhadap anjing apabila ada laporan kacau ganggu begini. Namun perlakuan membunuh anjing secara bersendiri yang melanggar undang-undang wajib diheret ke mahkamah dan menerima hukuman setimpal.

Animal Malaysia menggesa agar Lembaga Kebajikan Haiwan, PBT dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melakukan perancangan adil dan berhemah dalam isu nyawa haiwan dengan kadar segera. Tindakan gelojoh dengan pembunuhan bukan tindakan mendidik dan bukan penyelesaian. Malah ia menambah kemelut dan konflik kemanusiaan dan haiwan.

#dogs #straydog #stray #strayanimals #saveourstray #saveouranimals #animals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.