Go

Kejamnya... [metrotv]

 


Insiden video seorang pemuda beri beruk minum arak kini mendapat perhatian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) Negeri Perak.

Animal Malaysia mengucapkan terima kaseh kepada seluruh rakyat negeri Perak terutama di kawasan Bidor atas maklumat pelaku, pemilik beruk dan alamat kediaman tempat beruk disimpan.

Seluruh warga pencinta haiwan di Malaysia harap sang beruk dapat keadilan mengikut peruntukkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan demi mengembalikan beruk kepada kehidupan lebih sihat dan bebas.

Adakah beruk yang dipelihara memiliki Lesen Memelihara Beruk daripada PERHILITAN?

Siapakah pemilik jika berlesen atau tidak berlesen?

Kesalahan mengurung beruk di sangkar kecil dan berantai walau dalam sangkar.

Memberi minuman tidak sewajarkan yang boleh kepada beruk yang boleh mendatangkan mudarat kepada beruk. Kelakuan ini dianggap menzalimi walau untuk bersuka ria.

#saveourwildlife #wildlife #wildlifeanimal #animals #wildanimals #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/511030/kejamnya-metrotv



PERSATUAN Haiwan Malaysia menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap lelaki yang dipercayai memberi minuman keras kepada seekor beruk.

Source: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/511030/kejamnya-metr..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.