Perbuatan Beri Monyet Dengan Air Ketum Campuran Ub..
Tweet |
Perbuatan beri monyet dengan air Ketum campuran Ubat Batuk adalah satu bentuk penganiayaan yang memudaratkan kesihatan Sang Monyet.
Kejadian di negeri Pantai Timur Kelantan amat menyakitkan perasaan pencinta haiwan apatah lagi niat asal memiliki Beruk untuk tujuan dijadikan hamba pekerjaan memetik buah kelapa.
Sudah tiba masanya Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia mengkaji semula kelonggaran lesen memiliki dan memelihara Beruk di negeri-negeri Pantai Timur. Syarat yang ketat dan undang-undang mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 harus diimplemen sepenuhnya supaya pemilikan Beruk tidak dieksploitasi atau disalah guna hingga mengundang kemudaratan terhadap kehidupan dan nyawa Beruk yang tidak bersalah.
Kaji semula kesesuaian memelihara beruk untuk tujuan pekerjaan seperti memetik kelapa memandangkan negara telah mengalami perubahan teknologi pertanian menggunakan jentera bersesuaian.
Animal Malaysia menggesa agar negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu juga diberi syarat yang serius sebagai mana neger-negeri lain di Semenanjung
Malaysia terhadap Permit / Lesen pemilikan dan memelihara Beruk supaya haiwan ini tidak menjadi mangsa kekejaman perbuatan bodoh seperti dalam video ini berulang-ulang.
Kesalahan begini boleh dikenakan hukuman denda minimum RM5,000.00 dan maksimum RM50,000.00 serta penjara maksimum satu tahun.
Pihak Perhilitan kini sedang dalam proses meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 supaya hukuman lebih berat dapat dikenakan kepada pesalah kezaliman dan pemburuan hidupan liar.
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2386017578145..
Tweet |
Facebook Comments