Mengenang Nasib Diri Akibat Ditinggalkan Tuan. Aun..
Tweet | ![]() |
Mengenang nasib diri akibat ditinggalkan tuan. Auntie Winnie anjing betina uzur akibat terlalu tua yang pasrah dengan perlakuan tidak berperikemanusiaan tuannya.
Auntie Winnie ditemui di tepi jalan raya dalam keadaan berhujan dan berpanas di Ukay Perdana Hulu Kelang Kuala Lumpur seperti setia menunggu seseorang sambil memandang kiri dan kanan.
Setelah mendapat kerjasama penduduk. Team rescuer Animal Malaysia mengambil Auntie Winnie setelah tujuh hari didapati berada di lokasi sama dan cuma makan apa yang diberi oleh orang lalu lalang.
Auntie Winnie bagaimana pun mengalami penyakit tua dan keseluruhan badan membengkak. Keadaannya lemah dan meneruskan hidup yang tersisa bersama anjing lain di Animal Malaysia.
Mengimbau kenangan suka duka bersama Anjing Malang bernama Auntie Winnie. Kini Auntie Winnie menjadi sejarah apabila telah pergi mengadap pencipta seminggu lalu akibat penyakit tua dialami.
Nantikan kisah-kisah pelbagai nasib malang haiwan yang mendapat perhatian Animal Malaysia.
#animal
#animalmalaysia
#saveouranimals
#saveourstrays
#malaysia
#malaysiaanimal
#malaysiaanimalassociation
#helpustohelpanimals
#animalawareness
#awareness
#rescue
www.animalmalaysia.com
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments