Go

Kematian Haiwan Terancam Juga Tidak Kurang Antara ..

 




Kematian haiwan terancam juga tidak kurang antara kes yang banyak dilaporkan kepada Animal Malaysia di seluruh negara. Penemuan bangkai Penyu yang merupakan khazanah berharga negara di Pantai Marang, Terengganu enam bulan lalu sehingga kini menjadi tanda tanya punca kematiannya.

Kematian demi kematian penyu dicatatkan berlaku tanpa tahu punca sebenarnya dan beberapa pakar mewakili Animal Malaysia masih mencari punca bagaimana haiwan terancam seperti penyu yang hidup bebas di lautan luas boleh mati dan terdampar di tempat asalnya kembali.

Adakah kematian sang Penyu berpunca daripada pembunuhan oleh golongan tidak bertanggungjawab yang menangkapnya? Atau mati terjerat di pukat tunda? Atau faktor pencemaran air laut?

Segala aduan dan perkongsian kes mengenai kezaliman, penganiayaan, pembunuhan dan penemuan hidupan liar boleh disalurkan kepada Animal Malaysia melalui WhatsApp +601120901097 dengan menyertakan maklumat lengkap dan gambar kejadian.

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63336796353..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.