Mencatu Makanan Kucing Peliharaan
Tweet |
Gambar hiasan |
Pernah tak anda membelek ‘Feeding Guideline/Feeding Instruction’ pada pek makanan kibbles kucing anda? Adakah anda mengikuti sukatan makanan seperti yang tertera pada pek tersebut? Atau memberi sesuka hati / free flow kibbles untuk kucing anda?
Mencatu makanan mengikut sukatan yang disarankan bukanlah bertujuan untuk menganiaya atau menzalimi kucing anda. Sebaliknya, memberi makanan kepada kucing mengikut sukatan makanan adalah sangat penting untuk memastikan tahap kesihatan kucing anda berada pada tahap optimum, dan tidak obesiti.
Sekiranya kucing anda tidak menggemari makanan basah dan hanya bergantung kepada kibbles semata-mata, pastikan ia minum air yang banyak dan cuba ubah selera kucing anda dengan mempelbagaikan jenis makanannya. Terdapat banyak ‘home-cook recipe’ dari internet yang boleh dicuba.
Gambar hiasan |
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/12/mencatu-makanan-kucing-peliharaan.html
Tweet |
Facebook Comments