SPEUTERING DAY 2012 : KAMPAR, PERAK
Tweet |
Gambar kredit kepada Hwee San Tan |
Tarikh : Ahad, 2 September 2012
Jantan : RM60
Betina : RM85
PROMOSI LAIN:
A) Vaksinasi dan nyahcacing = RM30
B) Nyahkutu spot on = RM25
c) Pemeriksaan kesihatan dan consultation = RM20
D) Diskaun sehingga 15% untuk barangan yang dibeli di klinik ini.
1. TERHAD KEPADA BAKA DOMESTIK : Kucing kampung bulu pendek (DLH), kacukan bulu panjang (DLH) atau kacukan siam saja yang dibenarkan. Kucing baka exotic dan baka asli seperti Bengal, Persian dan Flat Face akan dicaj pada kadar biasa : RM80 untuk jantan & RM130 untuk betina.
2. Kucing yang ingin dimandulkan perlu mencapai umur 4 bulan dan ke atas bagi betina, dan 5 bulan ke atas bagi jantan. Berat kucing tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 1.5kg dan TIDAK melebihi 4.5kg.
3. Semua sesi pemandulan perlu menepati tarikh dan masa yang SCRATCH tetapkan. Anda perlu membawa sendiri kucing yang ingin dimandulkan ke klinik yang telah kami nyatakan.
4. Kucing berada dalam keadaan sihat dan TIDAK bunting.
5. Kucing yang ingin dimandulkan perlu dipuasakan 12 jam SEBELUM pembedahan.
6. Semua kucing yang dimandulkan perlu di bawa pulang pada hari yang sama. Caj di atas tidak termasuk kos boarding.
7. Kucing yang dimandulkan perlu di kurung sekurangnya 5 hari untuk kucing jantan dan 7 hari untuk kucing betina untuk memastikan luka pembedahan kering dan sembuh sepenuhnya sebelum di lepaskan semula ke tempat asal / diserahkan kepada tuan baru.
8. Sekiranya berlaku komplikasi selepas pembedahan, sila beritahu kami dan bawa kucing tersebut ke klinik ini semula.
9. Sila pantau kucing yang telah dimandulkan dari masa ke semasa.
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/08/speutering-day-2012-kampar-perak.html
Tweet |
Facebook Comments