FITRI Bebas Sporo! (Myza Nordin)
Tweet |
FITRI BAM BAM!
Fitri mula-mula di temui pada September 2011.
Kisah Fitri boleh dibaca di SINI.
Kini, setelah hampir 8 bulan di rawat, kami dengan sukacitanya mengisytiharkan Fitri kini bebas Sporo, dan sihat sepenuhnya.
Bantuan subsidi yang kami berikan bersama funder lain seperti My Animal Care, Petfinder dan Malaysian Dogs Deserve Better untuk membiayai perubatan si Fitri hanyalah bantuan sokongan semata-mata. Selain ubat-ubatan yang diberikan kepadanya, Fitri sebenarmya sembuh kerana kesungguhan dan kesabaran rescuer yang membawanya pulang.
Oleh kerana bantuan subsidi perubatan dari kami adalah terhad dan kos boarding dan rawatan di vet untuk kes Sporo menelan perbelanjaan RM750 sebulan, rescuer mengambil keputusan nekad untuk merawat sendiri di rumah, Alhamdulillah, Fitri menunjukkan tindakbalas yang baik terhadap rawatan yang diterimanya sepanjang dirawat di Klinik Wawasan Puchong sebelum dibawa pulang ke rumah.
Menjaga kucing Sporo tidak mudah. Fungus ini boleh berjangkit kepada manusia dengan sentuhan dan udara. Setiap kali mengendalikan Fitri, rescuernya akan mengenakan sarung tangan setelah sekali dicakar oleh Fitri ketika sedang bergurau bersama. Sekiranya anda di cakar oleh kucing yang mengidap Sporo, segeralah ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Fitri kini dibela sendiri oleh rescuernya. Selain makan dengan banyak, apa yang comel tentang keletah si Fitri ini ialah hobi barunya mengejar dan membuli anjing2 milik rescuernya di rumah. Tengok saiz badan pun boleh tau, betapa bahagianya Fitri di rumah barunya.
Nota :
Kami masih menunggu update Silver (Elaine), kucing Sporo kedua yang dirawat menggunakan subsidi dari SCRATCH dan beberapa funder lain.
Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/05/fitri-bebas-sporo-myza-nordin.html
Tweet |
Facebook Comments